Saturday, November 29, 2008
pulang...
baru balik dr program katibah..best jumpa ramai ikhwah.. ^__^
waaa...sedar x sedar dh hbs 3 minggu cutiku!!
ptg ni aku akn pulang ke usim...meneruskan perjuangan di sana..
alhamdulillah setinggi2 kesyukuran kpd Allah `azza wajalla sbb beri aku kekuatan hbskan cuti dgn pelbagai perkara yg insyaAllah menambahkan kekuatan, meluaskan pengalaman, menajamkan fikiran.
insyaAllah pengalaman2 di bumi bertuah USIM akan aku kongsikan dr semasa ke semasa..
dan nantikan keputusan peperiksaan first sem aku...waa nervous gle~! =.='
insyaAllah jumpe lg pd masa akan dtg.... maaf andai ada terslh,
wassalam
Wednesday, November 26, 2008
MONEY?
Duit ini hanya untuk JalanMu.
takut betul kalau dapat duit! sbb Allah akan soal setiap sen daripadanya,
Sbb tula... Abdul Rahman bin Auf merangkak untuk ke syurga walaupun teeeerrrrrrlalu banyak yg diinfakkannya. Sebab, dia byk harta dan Allah akan soal satu persatu hartanya. Namun Alhamdulillah dia sahabat mulia yang sentiasa menginfakkan harta dan dirinya pada jalan Allah. Dia dijanjikan syurga.
KITA??
maaf2...
maaf sgt x dpt selalu update blog skrg...
terlalu byk tugas yg perlu diselesaikan..
tapi pengalaman yg sgt menarik menghabiskan cuti dengan pelbagai tugas.
Alhamdulillah sekurang-kurangnya dapat menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti-aktiviti yang mungkin tidak mendatangkan manfaat.
insyaAllah kalau ada kelapangan, aku akn update blog ni.
Anyway, mungkin x dpt kongsikan pengalaman permusafiran ke selatan Malaya sbb mungkin dah basi cerita tu. huhu ^__^ (alasan...)
satu ayat buat renungan dan penaik semangat utk bekerja demi Islam,
Wahai orang-orang yg beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu
[47:7]
p/s-InsyaAllah akan aku jadikan homework untuk melihat tafsir bagi ayat ini. ^-^
Monday, November 24, 2008
nantikan..
maaf, agak sibuk skrg,
anyway al-Fatihah buat nenek kpd sahabat baikku, `abdul basith bin abdul halim yg baru meninggal dunia pada tgh hari td pukul 12.
moga setiap berita kematian memberi tazkirah besar buat kita.
Sunday, November 23, 2008
hurmm..
nampaknya semua sibuk dgn hal masing2...
mungkin aku perlu cari jalan aku sendiri..seorg.
tp tetap punya Yang Satu.
Friday, November 21, 2008
buat sahabatku..
igtlah betapa Allah akan memberi ujian2 yg hebat buat hamba2Nya yg hebat.
Allah mahu meningkatkan darjat imanmu...
sahabat...
selepas mendung dan kabus ini....matahari akn bersinar kembali.
kalau x di dunia pun, biarlah bersinar di syurga nnT.
walau hebat bagaimanapun panah memburumu, pedang samurai mencincangmu, peluru menembusi perutmu... andai iman dan keyakinan penuh kpd Allah dalam hatimu, pasti syurga firdaus menantimu sahabatku...
saf....luruskan saf....rapatkan saf.....
tapi sgt sedih, kebanyakan orang Melayu(sbb sy x pernah pegi oversea) yg mengaku beragama ISLAM sangat mengambil remeh isu ini.
Rasulullah pernah bersabda dlm satu hadith sohih mafhumnya:
"Sesiapa yg mewujudkan jurang semasa dalam sof solat, Allah akan mewujudkan jurang dalam hati2 mereka"
Kerana itulah umat islam kt sini susah nk bersatu padu! sof semasa solat pon x pernah rpt!! kaki x bersentuh lgsg! bahu apatah lg...ahhhhh apa nak jadi??
Yang menyedihkan kalau kita rapatkan kaki dgn kaki mereka, mereka jauhkan kembali.... adeh!! geli sgt ke bersentuhan kaki pakcik2?? sy ni bukannya khinzir, bukannya binatang, sy ni SAUDARA SEISLAM PAKCIK!!
td masa aku solat jumaat lg tension!! siap ada 2 org pakcik suruh aku ke belakang sbb dia kata SEMPIT! sedangkan...aku x sentuh kaki dia pun lg....
kwn2 jgn pandang remeh hal ni, solat berjemaah terlalu besar nilai disebaliknya...
p/s-sorry lepaskan geram....
Wednesday, November 19, 2008
ayat-ayat Allah
hari ni tercapai juga hajat utk mandi sungai!! =)=)=)
aku bermandi-manda bersama najmee, adikku yg paling bongsu muhammad, afiq tahir dan sepupunya di alang sedayu. seronok bangat walaupun skjp je disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan...
subhanallah... sangat menakjubkan ciptaan Yang Esa. terlalu byk 'ibrah yg boleh diambil daripada ciptaan2-Nya. antara yg aku dpt adalah batu yang sangat lah keras sehingga boleh memecahkan kepala manusia, tidak pernah ingkar arahan Allah dan sentiasa berzikir kpd-Nya. dan apabila aku melihat batu2, aku terfikir bagaimanakah batu ini yg dikatakan sebagai bahan bakar api neraka! (sila rujuk surah at-tahrim:6). Satu bukti betapa api neraka itu teeeeeerrrrramatlah panas!!!
aku lihat air sungai yang tenang mengalir dan mengikut sunnahnya. mengapa batu dan air ini mampu sentiasa taat dgn Allah walaupun mereka punya kehebatan tersendiri?? tetapi manusia yang mampu dilemaskan oleh air sungai dan mampu dipecahkan kepala oleh batu begitu angkuh dgn Sang Pencipta??
namun.... pemandangan indah di sungai itu dirosakkan oleh sekumpulan manusia yang berseronok serta bermaksiat.. ahh geram!! analogi cukup mudah, masuk rumah org lepas tu buat kotor, buat semak! x geram ke tuan punya rumah tu?? begitu juga bumi ni, bumi ni milik Allah.. hutan itu milik Allah! kenapa teragamak manusia mencemarkannya dgn perbuatan yang SANGAT pasti dimurkai oleh Allah.
Banyak aku belajar hari ni. Akhirat nanti pasti ada yang akan masuk syurga dan neraka, tapi jangan sesekali merasakan kalau kita biar shj masyarakat terus berada atas jalan menuju ke neraka, kita boleh masuk syurga dgn amalan2 kita. tanggungjwb dakwah terlalu penting, krn ia bukan pilihan tp satu kewajiban yang jelas dan pasti sehingga nafas kita yg terakhir.
wallahu a'lam...
Tuesday, November 18, 2008
best2!
moga bertemu krn Allah..
esok pagi nak pi Alang Sedayu mandi sungai...waaa xsbr nk rasa kesejukan sungai ciptaan Allah 'azza wajalla...
jumaat nk pi jaulah (lawatan) ke johor bersama sahabat2... ini mungkin permusafiran yang jauh tapi ku harpkan ia makin mendekatkan diriku kpd Allah melihat segala ciptaan Sang Pencipta yang TeeeeeerrrrrAgung....
alhamdulillah satu minggu ni aktiviti penuh dan insyaAllah dan sgt ku harapkan membawa manfaat dan menambahkan sahamku di akhirat.
buat shbt2 yg sedang dan akan menghadapi exam; sahabat2 di darul qur'an... sahabat2 di mesir... sahabat2 di KDU,adik2 yg sedang menghadapi SPM dan sahabat2 lain yg mungkin tak tersebut...moga kalian sentiasa dipermudahkan oleh Allah...
p/s- rindu kwn2 kt USIM... rindu suasana ceria, rindu makan sama2, rindu pergi masjid sama2, dan byk lagi lah...huhu.. take care all of u! ^__^
Monday, November 17, 2008
hidup ini adalah peperiksaan
semasa peperiksaan kita diberi peluang untuk menjawab, kalau baik, baiklah keputusan kita.
kalau teruk, teruklah natijahnya.
kalau nk jwb peperiksaan mestilah ada sillibus nye kan? tapi sama ada kita aplikasi ataupun tidak, itu yang bakal menentukan keputusan peperiksaan kita.
sama juga dgn hidup.
hidup ini peperiksaan drpd Allah, kalau kita mengharungi hidup ini dengan cara yg berlandaskan syariat yg dibawa Ar-Rasul, natijah nya cukup besar tapi mudah utk disebut, Syurga.
Sebaliknya, neraka. Ringkas tapi besar maknanya!
Tapi Allah x pernah biarkan kita hadapi peperiksaan ni tanpa sebarang panduan.
Allah turunkan Ar-Rasul dan kalam-kalam-Nya. cuma sama ada kita aplikasi ataupun tidak, itu yang bakal menentukan nasib kita di akhirat kelak.
Maka Dia mengilhamkan (jalan) kejahatan dan ketakwaannya.
Sungguh beruntung orang yang menyucikan (jiwa itu).
Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.
(91:8-10)
alhamdulillah..
bersyukur sgt dpt hbskan seminggu ni dgn perkara yg insyaAllah memberiku saham di akhirat kelak.
Moga hari-hari yang mendtg tidak diisi dgn perkara yang tidak menaikkan sahamku di akhirat nnT.
p/s- byk nye buku2 yang kena dihabiskan utk baca! moga aku tabah membacanya...hehe. demi kepentingan ummah.
Sunday, November 16, 2008
qalb
(mafhum hadith)
kalau anda gunakan hati semata-mata, anda pasti binasa.
tapi didiklah hati menggunakan dalil-dalil naqli dan aqli.
seperti seorang murobbi pernah berkata kpdku, "setiap kali anda terfikir melakukan dosa, sentiasa gunakan aqal memikirkan apa kesannya terhadap kemurkaan Allah....setiap kali hati ingin melakukan dosa, TAMBAT hati itu...lebih baik anda tidur dalam keadaan mengingati Allah drpd pergi jalan2 dan melepak2 di tempat yg tidak mengingatkan anda kpd Allah"
hati akan jadi sgt berbahaya jika ia tidak didik. waspada!
Saturday, November 15, 2008
riadhah
pagi ni aku bersama najmee melaksanakan plan kami smalam, jogging!
kami berjogging di area melawati di sebuah bukit berdekatan dgn rumah Dato' Yusuf Haslam.
pemandangan di situ cukup menakjubkan,
subhanallah... tidak Kau jadikan semua ni kerana sia-sia
sila rujuk surah Ali `Imran ayat 190&191
Tapi yang menyedihkan, kebanyakan manusia yang aku berjumpa di situ adalah masyarakat cina.
satu persoalan...??? mana masyarakat melayu yang dikatakan beragama Islam?
tidur lagi ke? tidur sbb tidur lambat malam td.
tidur lambat malam td buat apa?
Mereka masyarakat cina walaupun sgt rajin belajar tp tetap mementingkan kekuatan jasmani.
bukan mahu mengagungkan mereka, tp kita patut berasa sesuatu.
Ar-Rasul sudah bersabda,
Mukmin yg kuat lebih baik dan lebih disayangi oleh Allah daripada mukmin yg lemah.
Islam memerlukan kekuatan!
kekuatan jasmani, mental, dan rohani.
Semuanya penting tanpa melupakan mana-mana aspek.
ayuh, jaga kesihatan anda, tingkatkan stamina dan qudrat fizikal anda.
jangan tidur je! =P
cinta ke tidak ni??
tp byk lagi sunnah tinggal,
qiamullail, puasa sunat, sedekah, rawatib, menghubungkan silaturrahim, qur'an, dan byk lagi.
yang kalian fokus bukan yg itu tp benda lain.
cinta ke tidak ni??
adakah cinta hanya di lafaz,
mana zahirnya?
nak dpt syafaat Ar-Rasul tak ni?
nak minum di telaga kauthar x ni?
ahh...sedih2.
kenapa begini?
kesian Ar-Rasul, sudah hebat masjid yg dibina,
kenapa ramai yg cuba merosakkannya??
ujian...
jwpan yang mudah, nak naik darjat. Darjat iman.
tgk ayat ni:
Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" sedangkan mereka belum diuji?
(29:2)
analogi2 yang mudah,
nak naik pangkat, kena lepas ujian daripada boss.
nak dapat lesen kereta, kena lepas ujian JPJ.
nak masuk universiti, kena mantap keputusan SPM.
nak dapat pinjaman duit daripada sesiapa, kena diyakini boleh dipercayai.
Semua perlukan ujian. dan lumrah, ujian memerlukan sedikit kepayahan dan kesusahan. Tapi hasilnya menggembirakan. Kalau x nk susah, boleh. tapi hasilnya nanti menyiksakan.
sedikit tambahan penjelasan
ada seseorang minta aku jelaskan sedikit berkenaan artikel aku sebelum ini bertajuk ahhh...status aku bagaimana?
aku tambahkan lagi dengan satu lg ayat dari surah Al-Israa':
Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, hilang semua yang (biasa) kamu seru kecuali Dia. Tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling (dari-Nya). Dan manusia memang selalu ingkar (tidak bersyukur).
(17:67)
Berbalik kpd tafsir surah luqman ayat 32,
Sayyid Qutb dalam tafsir fi zilalil qur'an menerangkan bagaimana sesuatu kapal memerlukan keseimbangan yang sangat teliti. Kapal memerlukan kepadatan air dan kepadatan bahan kapal yg seimbang. Juga memerlukan nisbah tekanan udara, darjah kepanasan yang seimbang. Apabila semua keseimbangan sudah dicapai, tinggal satu lagi hakikat iaitu Allahlah yang menjaga dan melindungi kapal-kapal itu menempuh gelombang di tengah-tengah ribut taufan.
Satu masa, ombak yang sangat kuat menimpa kapal tersebut, walau sehebat mana pun kekuatan fizikal manusia, ketika itu semua manusia akan kembali kpd fitrah yakni keberserahan kpd Sang Pencipta. Namun apabila Allah menyelamatkan kita, hanya sebahagian yg masih taat.
Cuba kaitkan dengan kehidupan kita, kalian mesti faham InsyaAllah.
Percayalah, apabila tiba saat kita betul2 tersiksa dan menderita, kita akan kembali kpd fitrah yakni mengharapkan bantuan Yang Maha Esa.
Teringat ketika di kedai kopi semalam apabila seseorang menceritakan satu kisah tentang seorang pendukung gerakan komunis yang mengagungkan ideologi karl max. Dia bernama Lenin. Kita semua maklum yang komunis tak percaya kewujudan Tuhan.
tapi satu ketika, Lenin ditimpa satu penyakit yang menyebabkan dia menderita. Disebabkan terlalu menderita, terlepas dari mulutnya.. "OH MY GOD!".
Namun berbalik kpd status kita, haruslah kita bermuhasabah di mana status kita, adakah dalam kalangan mereka yang apabila diselamatkan oleh Allah terus lupa dan alpa, atau terus taat kpd Yang Maha Agung dan Bijaksana. Dan ingatlah, mereka yang tidak bersyukur dilabel oleh Allah sebagai PENGKHIANAT YANG TIDAK BERTERIMA KASIH!
wallahua'lam
huh
kenapa masih melakukan dosa?
dah byk sgt nikmat Allah beri,
kenapa masih x bersyukur?
dah hebat sgt tawaran syurga Allah,
kenapa x berusaha ke arahnya?
dah selalu sangat Allah menanti taubat dan doamu,
kenapa sombong sangat?
aduhai hati,
lembutlah..
Friday, November 14, 2008
kematian
sejak dari semalam aku dah plan dgn najmee nak buat sesuatu hari ini, menghidupkan satu sunnah Rasulullah yakni menziarahi kubur.
lepas subuh aku berbincang dengan najmee plan kami dan kami sepakat utk berjogging terlebih dahulu kemudian singgah di satu kwsn perkuburan.
tiba-tiba najmee call kata dia x dpt pergi. jadi aku buat keputusan pergi sorang-sorang.
aku berjalan dan berjalan. Tiba di satu kawasan yang cukup mengagumkan aku. ada satu padang terbentang luas dengan panorama yang cukup memperlihatkan aku pada kebesaran Dia.
Di situ ada burung Flamingo yang sedang mencari cacing sebagai sarapan pagi.
Di situ ada pokok-pokok renek yang begitu menghijau.
Di situ terlihat bukit yang begitu gah.
Di situ terlihat langit yang cukup kebiruan dan luas.
Di situ ada burung-burung yang berkicauan yang terbang dengan pantasnya.
Di situ terasa angin sepoi-sepoi yang begitu nyaman.
Teringat aku pada bbrp kalimah Allah.
Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, dan Dia meletakkan gunung-ganang (di permukaan) bumi agar ia (bumi) tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembangbiakkan segala macam jenis makhluk bergerak yang bernyawa di bumi. Dan kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.
(31:10)
Subhanallahi wabihamdih, subhanallahil `azim
Kemudian aku tiba di kawasan perkuburan.
sampai-sampai je, 2 org penggali kubur sedang menjalankan tugas mereka. Ada orang baru meninggal dunia.
Aku kemudian duduk di sebelah satu kubur.
Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
(3:185)
Kesimpulannya, ingatlah satu sabda Ar-Rasul (selawat ke atas baginda):
Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk hari selepasnya.
wallahu a'lam,
wassalam.
adikku...
aku faham perasaanmu, kesedihanmu...
bukanlah niatku untuk menghancurkan kebahagiaanmu...
tapi aku xmahu kau bergembira di dunia tapi kau menderita di akhirat...
biarlah kau bersedih seketika di dunia ini tapi kau berbahagia di syurga nanti...
adikku...
bukanlah niatku untuk melihat kau mengalirkan air matamu...
tapi biarlah air matamu itu mengalir kerana taubatmu kpd Ilahi...
biarlah air matamu itu yang akan membawamu ke syurga nanti....
adikku...
aku terlalu sayangkan dirimu...
aku mahu bersamamu ke syurga Allah nanti...
sabarlah adikku,
Allah sentiasa bersamamu..
doaku tetap menemanimu...
aaaahhh...status aku bagaimana?
bercakap pasal status bukanlah maksud aku berkenaan aku ni dah berpunya ataupun belum...
tp aku berasa sgt risau membaca dua ayat dari surah Luqman..mari2 buka al-qur'an tafsir kalau anda mahu bertadabbur al-qur'an~
Tidakkan engkau lihat bahawa kapal-kapal itu belayar di dalam lautan dengan ni'mat Allah untuk memperlihatkan kepada kamu bukti-bukti kekuasaan-Nya. Sesungguhnya pada kejadian-kejadian itu terdapat bukti-bukti bagi setiap orang yang banyak bersabar dan bersyukur.
(31:31)
Dan apabila mereka dilanda gelombang lautan laksana bukit, mereka terus berdoa kepada Allah dgn menumpukan keta'atan kepada-Nya, kemudian apabila Allah selamatkan mereka sampai ke daratan, maka hanya sebahagian dari mereka sahaja yang bersifat sederhana. Dan tiada yang mengingkarkan ayat-ayat Kami melainkan hanya pemungkir-pemungkir janji yg amat kufur
(31:32)
Aku membuka tafsir fi zalil qur'an karya Sayyid Qutb,
sesungguhnya utk belayar, sesuatu kapal memerlukan keseimbangan yang sangat2 teliti, dan Allah shj lah yang mampu memelihara mereka daripada bencana2 alam. Apabila ombak ganas menimpa kapal tersebut, manusia sudah tidak mampu menggunakan kekuatan dan qudrat mereka, hanya kepada Allah yang mampu mereka berserah. Namun apabila mereka selamat, hanya segelintir yang masih taat kpd Allah.
Itulah kehidupan manusia kini, bila ditimpa kesusahan sering kembali kpd Allah, namun apabila sng, lupa.
Yang lebih teruk apabila susah, xigt Allah langsung.. aaaahhh...status aku bagaimana?
p/s-aku hanya ringkaskan penjelasan Sayyid Qutb, kalau tulis panjang-panjang takut ada yg bosan atau mungkin x fhm. allahu ta'ala a'lam
Wednesday, November 12, 2008
bosan?skema?
"Dan berikanlah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi org2 yg beriman"
(51:55)
kejahatan dunia
hari ini seperti biasa meneruskan kerjaku di al-amin. tiba waktu zuhur kami sembahyang berjemaah di surau Al-Waqtain (dua waktu:kwn2ku yg bg nama). hehe.
slps solat zuhur, pengetua sekolah rendah, ust md zubir osman memberi tazkirah berkenaan "kejahatan dunia".
lalu aku tertarik utk berkongsi dgn kalian berkenaan isi kandungan tazkirah itu. Jika kalian hanya mencintai dunia, kalian tidak akan terus membaca entry ini.
Beliau memulakan tazkirah dgn satu hadith Rasulullah yg diriwayatkan oleh ibn majah.
Satu ketika Rasulullah bersama beberapa sahabat berjalan lalu ternampak seekor bangkai kambing. Lalu sahabat2 berkata bhw bangkai kambing ini adalah buangan tuannya yg sgt hina dan tidak dapat digunakan lagi. Lalu Rasulullah bersabda: Dunia ini lebih hina daripada bangkai kambing ini. Dan jika Allah jadikan dunia ini bernilai sekecil sebelah sayap seekor lalat, nescaya Allah x kan memberi makan dan minum kpd org2 kafir
mungkin susah nk fhm ayat yg terakhir itu. aku pun mula2 x fhm lepas tu aku tnya ust kembali, lalu beliau menjelaskan bhw kalaulah dunia ni berharga sangat sedikit pun, Allah xkn beri org kafir rezeki. skrg kita lihat Allah bg org kafir rezeki, jadi nk ditunjukkan DUNIA INI XBERMAKNA BG ALLAH!! bukanlah maksudnya kita x patut hidup kt dunia ni, tp maksudnya nnT di padang mahsyar Allah x kan pandang segala amalan yg diniatkan hanya utk dunia.
manusia ramai yg pandang kehebatan dan kemegahan dunia. kecantikan fizikal dan paras rupa ,kemegahan material, keseronakan, dan sebagainya. Tp seperti kata abul a'la almaududi dalam tulisannya "asas-asas Islam", kerajaan Allah terlalu besar sehinggakan dunia dan semua planet-planet ini terlalu kecil bg Allah. Al-maududi juga menulis bhw kekafiran manusia langsung tidak akan menjejaskan Allah; siapa yg beriman sesungguhnya imannya utk dirinya, siapa yg kufur dia akan terima kesannya.
sebelum menutup entryku kali ini, sepotong maksud ayat al-qur'an buat renungan,
Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba-lumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yg tanam-tanamannya mengagumkan petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihatnya warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yg keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yg palsu.
(57:20)
Tuesday, November 11, 2008
dua kerja, namun sangat berkaitan
kita punya aqal, jadi gunakanlah aqal bagi memakmurkan alam, namun pada masa yg sama jgn lupa mencari keredhaan Allah. Kita lihat kehebatan Al-Farabi, Alkhawarizmi, dan Ibn Sina dalam penyelidikan mereka, namun mereka juga hebat sebagai seorg 'abid kpd Allah.
errrmmm. betul, Allah kurniakan aqal utk kita mencari ilmu, membuat penyelidikan, mentafsir alam, dan sebagainya, tp kita ada tanggungjwb besar, mengabdikan diri pada-Nya. aqal digunakan untuk mentafsir alam namun sbnrnya ada yg tersirat, yakni bagi melihat ayat-ayat(tanda-tanda kebesaran) Allah.
aku nk jd doktor! aku nk belajar ilmu perubatan... tp aku harapkan hatiku sentiasa teguh dalam mencari redha-Nya. Moga aku menjadi doktor daie muslim yg sentiasa meneliti kebesaran Allah sepanjang pembelajaranku amin...
p/s- bab memakmurkan alam ni, aku patut terasa lebih. sbb nama aku `ammar (yang meng`imarahkan@memakmurkan). moga nama ini meresapi jiwa dan tindak-tandukku.
sabar itu kekuatan
ketika ku membaca kalam-kalam Allah.... ku melalui bbrp ayat yg betul2 memberi ku spirit.. kalau siapa rajin mari buka al-qur'an (ada terjemahan). surah yg ke-2(al-baqarah).
(2:152)
Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu, bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingar kepada-Ku.
(2:153)
Wahai orang-orang yg beriman, jadikanlah sabar dan solat itu sebagai pembantumu. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yg sabar.
(2:155)
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yg sabar
(2:156)
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata innalillahi wainna ilaihi raaji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)
(2:157)
Mereka itulah yg memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah yg mendapat petunjuk
sangat berkaitan kesemua ayat-ayat ini yang mana Allah telah berjanji bhw Dia akan pasti menguji kita dengan bermacam-macam cara, yang paling bahaya kekurangan jiwa krn ketika itu manusia sering lupang akan Penciptanya, namun Allah berikan satu motivasi buat kita. Siapa yg igt Dia, Dia akan ingat kita. wah xke seronok Allah igt kita?? tp dgn syarat kita msT sentiasa bersyukur dan tidak ingkar kpd-Nya. Allah bg la satu nikmat, sabar dan solat sebagai pembantu kita. dan Allah suruh Rasulullah sampaikan berita gembira kpd mrk yg sabar. Ingatlah, Allah bersama mereka yg sabar. Sabar itu kekuatan, bukannya kelemahan,
best2
melepaskan rindu kepada teratak yg cukup berjasa.
td tgk pelajar f5 sblm mereka masuk dewan periksa, berkumpul dan berdoa bersama.
waaahh... setahun yg lepas aku seperti mereka...sekejapnye masa berlalu! sekejap sgt... tp apa yg aku dh buat selama setahun ni? byk mana amalan aku?? ya Allah risaunya aku... aku kene bykkan lg usaha.... aku nk syurga! besar sgt ganjaran tu! x kan usaha remeh-temeh je???
Monday, November 10, 2008
wanita..
ramai wanita yg menjadi fitnah kpd kaum adam...
ramai wanita yg cukup berbisa, cukup berbahaya utk kaum adam...
ramai wanita yg mampu mencairkan kamu adam...
ramai wanita yg mampu menghancurkan hidup kaum adam...
ramai wanita yg memesongkan hati, dan matlamat hidup kaum adam...
ramai wanita yg lebih rela auratnya dibakar di neraka nnT...
ramai wanita yg hanya mengejar pandangan si lelaki...
ramai wanita yg hanya mementingkan kecantikan paras rupa..
wanita...
sedikit wanita yg merupakan perhiasan terbaik di dunia ini..
sedikit wanita yang merupakan TULANG RUSUK dalam perjuangan kaum adam..
sedikit wanita yg mampu mengingatkan kaum adam kepada Allah...
sedikit wanita umpama siti khadijah dan humaira'...
sedikit wanita seperti khaulah yg bersemangat juang tinggi...
sedikit wanita yg sentiasa berasa `izzah dalam menjaga aurat, maruah, dan kemuliaannya...
sedikit wanita yg taat kpd Allah, Ar-Rasul dan suami...
sedikit wanita yg begitu berkeinginan bersama suami di Jannah nanti....
moga kalian kaum hawa yang membaca post ini tergolong daripada golongan yg sedikit ini, kerana ganjarannya cukup tinggi..
WANITA IALAH PERHIASAN DI DUNIA INI DAN SEBAIK-BAIK PERHIASAN IALAH WANITA YG SOLEHAH

GAMBAR PERHIASAN- `AMMAR DAN UMMU `AMMAR
Alhamdulillah..
tamatlah sudah episod sem satu yg penuh cbrn.. aku mula belajar alam universiti, dan yg lebih penting... aku byk belajar tentang hidup, tentang keperluan tarbiyyah, dan siapa sbnrnya manusia ini. baru ku sedar manusia xpernah hebat, hanya Dia yg hebat.
walaupun cuti 3 minggu, namun hampir keseluruhan 3 minggu sudah ada program utk diisi. aku x rase 3 minggu ni akn nk enjoy.. KITA BOLEH ENJOY DAN REHAT SEPUAS2NYA dalam kubur dan syurga nnT. but dgn satu SYARAT yg penting!! kita kena mati dalam keadaan beriman. jadi kt dunia ni, kumpulkan amal sebyknya insyaAllah. so no time 4 enjoy, this world is jz for a while. the period is toOoOoOo short~ but the period of yaumul akhirah is INFINITY!!
sesiapa perlukan bantuan tenaga drpd ana utk anything yg bermanfaat, ana agak free skrg walaupun ade program, jadi jz bgtau ana kalau ada apa2, kalau ana boleh tlg, insyaAllah ana akan tlg.
wallahu'alam
Saturday, November 8, 2008
music to remember Allah
tajuk lagu-sanakhudu
aku x pasti sgt apa maksud dia tp mmg berkisar berkenaan perjuangan, siapa tahu maksudnya, aku berharap sgt dpt berkongsi dgn aku. nasyid ni betul2 menenangkan jiwa.
abdullah azzam yg pertama skali berkongsi nasyid ini dgn aku. jazakallah akhi, gembira dpt chat dgn dia setelah sekian lama x berborak... mesti dah pandai masak skrg! huhu
mari muhasabah diri
mari muhasabah diri. sebelum tidur paling kurang 10 minit, review apa dah buat sepanjang hari.
rancang apa nk dibuat esok hari.
ya aku perlu buat, kamu kena buat, semua kena buat, kalau nk jadi mukmin yg hebat.
hebat di sisi Allah, bukan di sisi manusia.
wassalam
aku tenang
aku tau Allah lebih sygkan aku daripada org lain sygkan aku. Lebih dan lebih dan lebih.
aku x pernah salahkan kamu, dia atau mereka.
semua ada hikmah, ini yg terbaik buat aku.
betul, serious, x gurau, bukan hipokrit, bukan bajet cool, tp betul aku x salahkan sesiapa.
Aku sangat sangat sangat dan sangat bersyukur sbb Allah tunjukkan jalan ini.
Aku nak sangat syurga, takut sgt azab, azab kubur azab neraka.
Aku tau aku boleh mati bila2 masa shj, tgh bawa kereta ke, tgh belajar, tgh jalan, tgh duduk, tgh baring, tgh makan, tgh solat, tgh borak, semuanya mungkin.
Ahhh...hidup dan mati hanya utk Allah, tiada utk yg lain! ya Allah, aku serahkan hidup ini kepadaMu. aku x kan buat kesilapan itu lg, dunia ini tak bermakna! hanya persinggahan sebagai bekalan ke akhirat.
sahabat, percayalah aku ckp begini bukan krn aku sedih, tension, dan sebagainya, tp percayalah aku ckp begini krn aku terlalu bersyukur dan aku berasa terlalu kerdil sebagai hamba. aku sgt2 bersyukur sbb dapat kesedaran ni sblm terlambat.
aku tegaskan kembali, aku x slhkan sesiapa! wallahu'alam.
p/s- rindu sangat pada abdul rahman dashuki di alex dan abdullah azam di cairo, doaku sentiasa bersama mu. terus tsabat dalam jalan ini....
Thursday, November 6, 2008
ohhh sedihnya~
knp aku tbe2 sedih?? bukan sedih sbb benda remeh, aku sedih sbb satu perkara yg KITA SEMUA mesti sedih juga bila mengingatkan kisah ni...
kisah kewafatan Ar-Rasul....
lepas subuh td seperti biasa sheikh `abbas memberi tazkirah, kali ini dgn penuh kesyahduan beserta linangan air mata. mengingatkanku dan shbt2ku betapa Ar-Rasul sendiri tersiksa sebelum kewafatan dan ketika ruh baginda dicabut..bagaimana sampai satu ketika baginda terpaksa merangkak utk ke masjid...Allahhhh......
saat masanya... malaikat jibril dtg menghadap baginda sambil memperkenalkan malaikat maut. Lalu malaikat Jibril bertanya, "Allah terlalu rindu padamu, jika kamu sudi utk diambil nyawamu skrg, aku akn arahkan malaikat izrail, jika kamu belum mahu, malaikat izrail xkan melakukannya.." Lalu baginda mengarahkan supaya nyawanya dicabut dan malaikat Jibril beredar dari situ kerana xdpt menahan kesedihan....
ya Allah....aku yakin setiap nyawa pasti akan diambil kembali, maka ambillah nyawaku dalam keadaan aku beriman.
Tuesday, November 4, 2008
SyurgA~
malam td lepas isyak dan pg td slps subuh seperti biasa mengadakan sesi ta'lim dgn sheikh abbas. tp pd kesempatan kali ini aku nk berkongsi berkenaan dgn satu tazkirah yg aku dpt drpd beliau malam smlm slps isya'. satu peringatan yg cukup BERMAKNA bagiku. tazkirah berkenaan dgn syurga Allah. sebenarnya sahabat2ku sekalian, kita kena sentiasa ingat bahawa solat lima waktu+qiamullail+rawatib+tilawah+sedeqah+lain2 ibadah bukanlah PENYEBAB kita dpt memasuki syurga Allah ta'ala. Tp kita perlu percaya dan sentiasa yakin bhw hanya rahmat Allah yg mampu membawa kita ke syurga. krn itu, Rasulullah pernah bertanya kpd shbt2 baginda, "Siapa di antara kalian yg mampu menghidu bau syurga?" Lalu sahabat mengatakan bhw mereka mampu mencium bau syurga, Lalu Rasulullah menyuruh mereka supaya mengatakan InsyaAllah........ lihat, sahabat2 yg cukup hebat pun belum terjamin tempat mereka, apatah lg kita? jadi nasihat utk aku dan sahabat2 yg ku kasihi, sentiasa masa, pohonlah syurga Allah. pohonlah jannatul firdaus, krn hanya krn rahmat Allah SAHAJALAH kita mampu menjejakkan kaki ke dalam syurga Allah.
kenapa aku x nk berkongsi pasal majlis ta'lim lps subuh td? sbb shbt aku bertanya byk soalan pasal muamalah atau lebih specific ikhtilat, entah mcm mana dia ada satu soalan BAIK punya pasal perkahwinan, waduh2....sorry cannot share it directly, =P sbb dia ajar byk ilmu bagaimana hendak memulakan alam perkahwinan dengan cara yg murni dan suci berlandaskan syara'. Bukan aku yg minta beliau ajar, jgn salah faham! huhu. Mungkin ada pembaca yg masih belum sampai waktu utk belajar ilmu2 begini, td pun "rezeki" je dpt belajar. apalah aku merepek ni.
buat kawan2ku yg sedang menduduki peperiksaan termasuklah adik2 ku yg akan menghadapi spm minggu depan, all the best! minta byk2 dr Allah, Allah SAHAJALAH pemberi kejayaan.
skrg mmg musim peperiksaan di ipt2 di malaysia, tp satu tazkirah buat diriku dan kalian, BERSEDIALAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN HAKIKI YAKNI DI PADANG MAHSYAR NNT!
Monday, November 3, 2008
sunyi?
tp bila lama2 aku fikir...aku x rasa sunyi, aku rasa Allah ada dalam hati, aku rasa cinta-Nya. waduh2, aku ni byk mengeluh tp langsung xsedar betapa kasihnya Allah padaku. byk ujian yg Dia beri utk tingkatkan imanku, dan memberikan ganjaran yg SAAAAAANGAT besar di alam yg kekal abadi, yang kita x kan mati sampai BILA-BILA! darul akhirah~
oh ya, pg td masa subuh ke masjid seperti biasa membonceng motosikal wave 100 milik rakanku (huhu seronok naik motor time subuh, sejuk yg sgt nyaman~). tp yg menariknya, lepas subuh td aku jumpa seseorg yg aku baru kenal minggu lepas. seorg ulama' dari Ghana. beliau belajar 4 tahun di Univ of Madinah dan 4 tahun di Univ Al-Azhar, Cairo. skrg bekerja di kedutaan Arab Saudi di Malaysia sambil mengambil phD di IIUM. subhanallah, byk sgt ilmu dia. aku bertalaqi dgn dia lebih kurang sejam tp rasa sgt skjp, sbb sgt seronok! aku tanya dia pasal byk perkara especially berkenaan sunnah Rasulullah yg kita jarang amalkan walaupun mengaku ummatnya. Dia kongsikan satu hadith, "di hari qiamat nnT ada satu solongan umat Muhammad akan datang ke telaga kauthar tp Allah menghalang mereka lalu Rasulullah bertanya kenapa mereka dihalang sedangkan mereka umatku dan mereka mengerjakan solat lima waktu?? lalu Allah berkata, ya mereka umatmu dan mereka mengerjakan solat lima waktu tp pada masa yang sama mereka meninggalkan sunnahmu dan melakukan bid'ah" (mafhum).
lepas ni aku nk talaqi dgn dia lg. kalau boleh every subuh. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang utk menuntut ilmu dgn seorg ulama' hebat (moga Allah merahmati beliau). nama beliau 'abbas.
kesimpulannya, hidup di dunia persinggahan semata2. =)
buat kawan2 g-13th, lama x dgr khabar kalian, namun doaku sentiasa bersama kalian, moga berolah naungan Allah sentiasa.
salam,
`ammar bin sahrim
4 november 2008
kolej sutera indah, Universiti Sains Islam Malaysia
Sunday, November 2, 2008
baba balik~
Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku ketika aku kecil,
Ya Allah masukkanlah mereka ke dalam golongan2 yg kau cintai, golongan kekasih2 mu. lapangkanlah kubur mereka, dan jauhkanlah mereka daripada azab2mu.
Ya Allah, bahagiakanlah mereka dunia dan akhirat.
wassalam
akhi
saiful: w'salam, of coz ana free skrg...cerita lah, ana kan shbt enta.
kamal: ana ada simpan perasaan kt seorg akhawat n ana tau dia pun simpan perasaan tu kt ana. ana dh rasa sayang sgt kt dia. ana rase ana dh jumpa cinta sejati yg ana cari selama ni. ana dpt rase si dia akan setia, dan insyaAllah kami dah plan nk membina baitul muslim. Tp akhi, baru2 ni ana dpt tau si dia dh berkenan pada lelaki yg lain. ana rasa mcm hilang segala2nya... ana rasa mcm dh x bersmgt nk buat apa2..
saiful: akhi, ana sgt fhm masalah enta.. cmni la akhi... cuba anta pandang dari satu aspek yg positif, Allah seperatekan enta dgn dia, enta cuba listkan semua kebaikan yg enta dpt... first, enta jauh daripada semua maksiat2 yg membuatkan Allah sgt murka, ape enta dpt dgn bersama dgn die sebelum berkahwin?? keseronokan yg dihadiahkan dgn dose2? itu yg enta nak?? second, enta dapat elak daripada luka2 semasa percintaan sblm berkahwin yg sbnrnye sgt menyakitkan. at least, hidup enta lebih tenang insyaAllah. third, enta dpt fokus kpd perkara2 yg JAAAAAAAAUH lebih penting; study, dakwah, keluarga. akhi, ramai sgt kwn2 enta yg masih perlukan enta bimbing mereka, jadi daie kpd mereka. forth, mungkin Allah nk pastikan enta dpt satu hubungan baitul muslim yg lebih sejahtera, lebih terjaga. fifth, yg paling penting akhi, mungkin Allah berikan enta kesedihan krn seorg wanita, tp Allah berikan kegembiraan dgn RAMAI bidadari di syurga? x nk ke akhi?? sudah la akhi...jgn bersedih krn seorg wanita, teruskan hidup dan perjuangan... Allah uji enta sbb Dia sgt syg enta. Lagi besar ujian, lg sayang Dia kt enta, lg bertambah iman enta.
kamal: subhanallah...... satu nasihat yg betul2 menaikkan spirit ana. seperti dalam filem sang murobbi, MENCARI SPIRIT YG HILANG. jazakallah akhi. moga Allah memberkati enta.
saiful: igt akhi, perjalanan masih jauh... perjalanan ini hanya akn berakhir apabila syurga dikecapi. hidup di dunia hanya permainan dan hiburan semata2, Darul akhirah itu yg kekal abadi, kita nk cari yg itu, bukan permainan yg kadangkala menyakitkan ini. jumpa lg nnT ye akhi, ape2 hal contact ana ok. baca zikir ini selalu, inalillahi wainna ilaihi raaji'un. kita ni milik Allah akhi, dan satu masa yg kita pun x tau bile, Allah akn kembalikan kite pada-Nya dan kita kena berusaha dan berdoa agar kita kembali kpd Allah dalam keadaan suci daripada dosa2. assalamualikum ya akhi
kamal: ana cinta enta akhi kerana Allah. moga kita bersama menuju syurga Allah nnT, waalaikumussalam, syukran
p/s- cerita dan watak2 ini tidak kena-mengena dgn mana2 insan yg masih hidup atau sudah mati, sekadar tazkirah dan tazkiyah(penyucian) buat hati2.
Allah uji org yg Dia sayang
sekadar berkongsi, aku kini menghadapi cabaran yg paling hebat dalam hidupku setakat ini. bukan ancaman, bukan ugutan, bukan kegagalan, tp hanya perasaan yg sebenarnya mampu menggugat segala usaha2 ku, segala impian ku. Aku kena lawan! aku tau Allah nk uji aku sbb Dia sayang aku.
sahabat2, kita kena yakin balasan Allah yg berupa jannah yg tak tergambar indahnya menanti kita. biarlah kita hilang sesuatu di dunia tp di akhirat kelak Allah akn gantikan dgn sesuatu yg x ternilai hebatnya. Doa Rasulullah ajar ketika ditimpa masalah, "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.." (kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali..).
Sebelum berundur dan bersiap utk pulang ke hostel, satu lg hadith buat pengajaran diriku dan sahabat2, "org yg bijaksana adalah mereka yg sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia utk hari selepasnya(akhirat).."
salam sahabat2ku,
moga Allah teguhkan hati menuju redha-Nya.
Saturday, November 1, 2008
mencari cinta ilahi
aku x nk tulis panjang, pendek sudah tp asalkan memotivasikan diriku dalam spirit yang hilang.
kita biasa dengar, cinta ilahi kekal hakiki,kekal abadi. fahamkah maksudnya? aplikasikah ia dalam kehidupan kita??
ramai manusia yg mencari cinta selain dari-Nya. cinta harta, pangkat, cinta manusia dan kebanyakannya terserong dari jalan-Nya. Ya Allah aku berlindung daripadanya. Namun semua cinta itu x kekal, sangat sng berubah. Apa??cinta manusia susah berubah?? betul ke?? dgn hanya melafazkan kata-kata berkobar demi "cinta sejati" mereka, boleh dikatakan susah berubah?? salah sama sekali. Kalau x percaya, cubalah. AQ dan Hadith dah memaklumkannya. anyway igt, ada satu cinta yg sentiasa teguh, cinta ilahi dan cinta kerana-Nya. kita boleh sayang ibu bapa, sayang suami/isteri kita, sayang kwn2 kita. yang PENTING, lillahita'ala. sng nk ckp, tp susah nk buat.
buat diriku dan sidang pembaca, jom cari CINTA itu. kita bercinta dengan-Nya, Dia yg Terhebat, Teragung. Pencinta yang tiada tolak bandingnya! =) xtipu ni....

