Sunday, December 28, 2008

Allah melaknatmu zionis!


Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

angka kematian terkini, perginya 303 syuhada' menemui Ilahi angkara kekejaman zionis laknatullah.


ini tidak termasuk angka 1000 yg cedera dgn 180 kes kecederaan serius..

aduhaiii warga palestin yg merupakan KELUARGA kita....Allah bersama perjuangan ini..


buat yg sedang leka dan lena dgn keseronokan fana dunia ini, ayuh buat segala yg termampu!! sedarkan masyarakat lain, boikot habis2an! doa bersungguh2!, infaq seberapa byk yg mampu!! kempen habis2an....


gaza sedang tenat!!!

jangan hanya mampu melihat!





kita doa kita terpilih

bismillah, hamdan lillah hamdan kathiran,
selawat dan salam buat Junjungan tercinta dan sgt ku rindu,
juga buat para sahabat dan pendudukung2 agama Allah yg mendahului kita.

sudah lama x menulis, sibuk dgn pelbagai komitmen, namun diharapkan penulisan kali ini mampu memberi manfaat walaupun pada seorg.

apabila aku mendgr kuliyyah subuh seorg murobbi, berkenaan tafsir surah at-taubah ayat 38-42 dimana Allah menempelak mereka yg tidak mahu menyahut seruan jihad semasa perang tabuk walaupun selepas fathul mekkah.

lalu Allah katakan sesiapa yang tidak mahu bersama jalan ini, Allah akan azab dgn azab yg maha pedih dan Allah akan gantikan dgn kaum yg lain.

aduhhh....satu amaran keras buatku! bahawa perjuangan ini akan tetap berlangsung walaupun aku berasa letih dan mahu berehat, sbb ada yg lain akn melakukannya tp aku tahu siapa yg berhenti, dia hanya mendapat celaka yg besar, dan siapa yang tetap istiqamah dan tsabat pada jalan ini, Allah menjanjikan khabar gembira berupa syurga [fussilat:30].

hanya yg terpilih akan meneruskan perjuangan ini... kita doakan agar kita terpilih kerena mereka yg bersama pada jalan yg begitu sukar ini akan menemui penamatnya yakni SYURGA.

Tuesday, December 16, 2008

ingatan

salam... hrni aku menulis setelah sekian lama blog ni berhabuk...
aku baru baik demam, selepas pulang dr xplorace f5 (generasi ke-14 @ caliph14).
sangat seronok jd wakil alumni bersama mereka yg sememangnya best2 belaka dgn pelbagai gelagat mereka. dan yg paling best dpt bersama 3 org shbt yg sememangnya akrab- hafidz gazali, umar, amin mmk. xlupa juga buat alumni banat-fathy, wafda, atiqah dan 2 org alumni dr batch caliph 14.
syabas buat semua ahli caliph14 yg berjuang hbs2an. mng kalah adat permainan, tp bg aku, korang semua JUARA.
syabas juga buat semua guru yg terlibat, ajk, pengerusi PIBG (abi dashuki), dan lain2 atas komitmen yg diberikan.

aku btul2 terigt bila aku jd peserta xplorace... bersama shbt2ku....rindunya... lagi2 dgn rahman dashuki yg dah sekian lama berpisah.. moga dpt kutemui mu lg.... walaupun group kte x mng, tp kemanisan bersama smpi skrg terasa...

bertemu dan berpisah krn Allah, menjadi penyebab mendapat naungan Allah di padang mahsyar nnT.

balik2 aku demam agak teruk. tp aku tau kaffarah dari Allah utk membersihkan diri dari dosa. =)

Wednesday, December 10, 2008

byk kerja?

skrg pukul 12.30 pagi... harini aku penat sgt! tp x leh nk tdo sbb byk keja kene settlekan guna komputer ni...tbe2 rase nk post sumthing kt blog ni...lepaskan "kesibukan" ni... x tension, tp rase sibuk btul...

makin mahu kita kpd sesuatu yg baik, Allah akan tambahkan amanah dan tggjwb...

Moga aku amanah dgn tugas2 aku ni. insyaAllah..

dan aku harap sesuatu, aku x lupa tggjwb kpd Dia.

seperti kata Al-Banna..."malamnya bagi rahib, siangnya bagi singa.."
insyaAllah aku akan cuba...

aku x leh post byk2...byk lg benda kne buat.

wassalam

11/12/2008
USIM

Saturday, December 6, 2008

intention@niat

nasheed yg aku baru letakkan dalam blog aku ni bertajuk "intention" atau dalam bhs arab/bhs melayu, NIAH/NIAT nyanyian group nasheed dr USA ; native deen

hayati lirik2nya.. semoga setiap amalan kita LILLAH, kalau x....sia2

DERU

bismillah,
hari ni aku sertai misi DERU (Disaster Emergency Rescue Unit) berikutan bencana tanah runtuh di bukit antarabangsa.

Bersama beberapa orang pakcik2, kami berkumpul di dewan au2 kerana dikhabarkan di situ akan menjadi penempatan sementara mangsa. turut berada di situ beberapa orang YB termasuk YB ulu klang, YB Saari Sungib.

Namun selepas asar, kami dpt berita dr YB bhw penempatan sementara yang terkini adalah di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang. Kami bergegas ke sana.

Kami antara team yg terawal sampai bersama persatuan bulan sabit merah yg ALMOST semuanya NON-MUSLIM.

Di situ kami byk menumpukan kpd tugas mengangkut barang makanan dan pakaian. yang sgt menarik, pengalaman pertama aku mengangkut barang ke dalam helikopter yang mendarat di padang sekolah. aku berada begitu rapat dgn helikopter itu yg sgt kuat bunyi putaran kipasnya. yang kelakarnya, budak2 PBSM semua semangat tangkap gambar berlatar belakangkan helikopter tu. haha.

kami berehat sebentar semasa maghrib kemudian menyambung sedikit lg tugasan.
kebanyakan mangsa hanya mendaftar di situ dan kemudian pergi menginap di tempat lain. jadi kebanyakan bantuan makanan dan pakaian seperti x terusik. hehe. biasalah, kebanyakan mangsa orang2 kaya, so mst ramai kenalan.

beberapa `ibrah yg ku peroleh:

1) Allah sangat berkuasa, mampu menarik nikmat2 yg Dia PINJAMKAN kpd manusia. byk rumah banglo besar, kereta mewah, dan nyawa Allah telah ambil setelah pinjamkan. Lihat, benda yg manusia bangga2kan hilang begitu shj.

2) Aku terkilan, ramai sukarelawan NON-Muslim. Meraka x dpt apa pun termasuklah pahala. Tp kita, yg Allah janjikan pahala dan ganjaran besar bg setiap amalan, xramai yang turun padang.

3) Hari Kiamat lg dahsyat drpd ni, boleh rujuk macam2 surah seperti Al-Waqi'ah, Al-Insaan, Al-Zalzalah, Al-Qari'ah, Al-Haaqqah dan byk lg surah yg ceritakan psl hari PEMBALASAN ini.

Friday, December 5, 2008

HELP

the people in the bukit antarabangsa that got involved in the landslide disaster need OUR help.
Lets go to help them!

`ammar: ready to join the Disaster Emergency Rescue Unit. I still have the DERU vest given by bro wan am last year when Johor had flood. Bismillah, lillahi ta'ala, because of the humanity and love in Islam, lets do it.

puasa arafah

bismillah,
JOM puasa esok (ahad-7/12/08) iaitu hari arafah.
digalakkan berpuasa berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w:

Puasa pada hari arafah menghapuskan dosa pada 2 tahun yg lepas dan akan datang
[Riwayat Al-Jama'ah kecuali Bukhari dan Tarmizi]


p/s- riwayat Al-Jama'ah bermaksud riwayat oleh 6 org perawi besar hadith iaitu Bukhari, Muslim, At-Tarmizi, Abu Daud, Ibn Majah, An-Nasa'i

apa aku kesah?

aku memang sedar blogku bukanlah satu blog yang dikunjungi ramai, apatah lagi nak dikatakan blog yang menarik dan bagus.

Tapi apa aku kesah? yang penting aku gunakan kemampuan penulisanku pada satu wadah(cara) yang aku azamkan demi redha-Nya.

kalau xde siapa baca pun aku xkesah. Biar aku je yg baca. ^__^

MATA

bismillah,
hari ini semasa dalam lecture physics, aku belajar tajuk "geometrical optics", tidak lain tidak bukan berkenaan cahaya, cermin, dan kanta.

namun yg menarik, apabila berbicara berkenaan lens maker's equation di mana focal length sesuatu kanta akan memberi kesan kepada imej terbentuk menimbulkan satu kata-kata indah dari mulut pensyarah kesayanganku merangkap abi keduaku, cikgu abdul rahim haji omar.Beliau bertanya dan beliau menjawab : semua kanta hanya boleh dikhususkan utk satu focal length sahaja kecuali satu, apa dia? Dengan senyuman yang comel ^__^ beliau memberi jawapan iaitu kanta MATA ciptaan Allah `azza wajalla yang Maha Hebat, Maha Agung. satu lafaz terzahir dari mulutku, SUBHANALLAH!!

Mata manusia mampu menyesuaikan sesuatu keadaan, jika melihat objek yang jauh, kita akan sepetkan mata kita- ligamen pada mata akan contract lalu menghasilkan kanta yang mempunyai focal length yang panjang dan sebaliknya berlaku semasa melihat objek yang dekat.

Ini baru sedikit pasal mata, banyak lagi keunikan mata ini.
Namun persoalan timbul, kenapa ramai manusia menggunakan mata ciptaan Dia yang tersangat hebat utk perkara yang menimbulkan kemarahanNya?? Dia pinjamkan shj mata ni, tapi kita buat benda yang Dia marah gunakan benda yang Dia pinjam. Tak malunya!!

Moga pinjaman dari Allah ini kita gunakan sebaiknya.
Mafhum satu hadith sahih, bahawasanya mata yang melihat dosa akan dibakar dalam neraka, wal'iyazubillah...

Nasihat ini buat diriku dan semua.

korban?

salam..
aku baru tiba di rumah dalam persiapan menyambut eidul adha..
ramai yang memperkatakan tentang korban namun ayuh kita berfikir sejenak...
apakah erti sebenar korban atau dalam bahasa yang lebih indah tadhiyyah.

dunia hanya bekalan utk ke akhirat, jika di dunia kita berkorban byk, di akhirat kita akan dapat berlipat kali ganda byknya.

infaq? bukan sekadar materi, tapi yang paling penting infaq diri dan masa.
ramai yang mungkin mampu infaq materi atau harta (itu pun ada yang begitu bakhil), namun x ramai yang mampu infaq diri dan komitmen pada jalan Islam ini.

kita nak apa?? dunia?? kita akan dpt dunia shj, akhirat...binasa.
kalau nak akhirat.....DUNIA AKAN CARI KITA.

korban, infaq, keduanya berkaitan, perlukan komitmen dan kesedaran betapa kita pasti menemui Ilahi. persiapkan diri, perbaiki hati, pelihara nafsu.

sama2 merenung satu TAWARAN hebat daripada Allah utk kita. ayuh rebut!!

Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang mampu menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih?
[61:10]

(Yaitu) kamu beriman kpd Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.
[61:11]

Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang lebih baik di dalam syurga `Adn. Itulah kemenangan yang agung.
[61:12]

Dan (ada lagi) kurnia yg lain yg kamu sukai (yaitu) pertolongan dari allah dan kemenangan yg dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kpd orang-orang mukmin.
[61:13]


Aku teringat kata-kata syeikh `abbas pada halaqah subuh baru-baru ini menyebut tentang satu hadith sahih yang mafhumnya bhw hati manusia berada di antara dua "jari" Allah. Allah mampu "turn it up or down". Hati manusia mampu berubah. Jadi jangan difikir diri sudah cukup baik dan agung, sentiasa tsabatkan (tetapkan) hati dgn penuh istiqamah. Moga pengakhiran hidup kita dalam rahmah dan sayang Allah. Moga Ar-Rahim menyayangi kita di AKHIRAT nanti.


p/s-syeikh `abbas menyampaikan hadith 40 setiap subuh. terasa begitu manis mendapat pengisian dari seorang ulama' pada setiap pagi yang begitu "segar".

wassalam

Tuesday, December 2, 2008

ujian besar

salam... naqibku mengingatkanku....membuatkan aku kembali sedar..
kejayaan dan kegembiraan satu UJIAN besar!
seperti kata2 ustaz rahmat abdullah dalam sang murobbi yang memetik kata2 al-maududi...
monyet yang memeluk puncak pokok takkan jatuh walau hebat mana taufan dan angin kencang krn dia akan menambahkan kekuatan pelukan dia....tp monyet akan jatuh apabila adanya angin yg lembuttt....
insyaAllah aku x kan leka dgn kejayaan ni..


2 hari ni aku dh start kuliah...dan 2 hr berturut2 ada kuliah biology...
aku mula belajar psl genetics.. subhanallah! sgt byk benda yg mengagumkan aku...
mengingatkan aku betapa halusnya ciptaan Allah... sgt kerdil kan kita??
tp kenapa lah kita sombong..

Monday, December 1, 2008

hamdan lillah!

salam,
hamdan lillah! hamdan kathiran thoiyiban mubaarakan fih...
result first sem baik! ^__^
Allah Ar-Rahman, Allah Ar-Rahim... Dia terhebat..Dia akan bantu kalau betul2 kita minta, berharap, bertawakkal, dan tidak berputus asa denganNya...

Keputusan ini buat ibu bapa ku yang ku amat sayangi.... hadiah buat pengorbanan anda berdua..
terima kasih kerana memahami anakmu ini....(kes x pergi jordan) hehe...