Wednesday, January 28, 2009

GAZA KEMBALI DISERANG!

zionis memang dasar pembelot, pengkhianat, penipu!
baru sahaja dimeterai genjatan senjata, terus dikhianati dan dilanggar. insan yg x bernyawa terus menjadi korban.

UP UP palestine!! DOWN DOWN israel!!

`ammar: sabtu ni ada kembara palestin besar-besaran anjuran PACE. dijangka 100 kereta akan menyertai konvoi dan kemuncaknya adalah di dataran Petaling Jaya [solat hajat, forum, persembahan]. jom turun ramai2! suarakan kePEDULIan anda terhadap saudara-saudara kita.

Monday, January 26, 2009

DF?

apa itu DF (dakwah fardiyah)?
ia adalah senjata daie yang paling berkesan.

DF adalah kaedah dakwah secara individu secara hati ke hati. ia bukanlah penyampaian ilmu dalam majlis ilmu, tapi tautan hati ke hati secara berterusan. ingat, HATI ke HATI.

DF ini hanya utk org2 hebat je ke?? sudah tentu tidak! semua yang mengaku muslim dan sedia bekerja utk islam demi mengembangkan kalimah tauhid yg SEBENAR, haruslah menjadikan DF sebagai satu kemahiran asas yg perlu ada dalam diri.

jgn rasa perkara ini eksterimis dan radikal, tapi ia merupakan satu juadah yang penuh lemak berkrim! yummie! ^__^. aku ambil analogi abang kesayanganku. dia sgt pandai bab2 analogi ni. respect gle die bab2 bagi analogi2 dalam medan dakwah ni! dia ckp.... DF ni umpama pancing. lagi payah kita berentap dgn ikan yang kena pada pancing kita, dan apabila kita dapat ikan tu, kepuasannya lebih hebat!!

moga terus berDF! =)

siapa nk ziarah blog abang aku yg best;


http://musablog.com
http://musabsahrim.wordpress.com

tekad juang

ketika ummah merintis penuh hiba,
darah dan nyawa menjadi saksi,
kepiluan ummah merentap jiwa,
bangkit satu tekad sang pemuda,

penuh azam menyambut laungan,
demi mencapai redho Al-Mutakabbir,
meninggalkan keinginan dunia,
demi menzahirkan satu tekad,
tekad juang!

`ammar ibn sahrim
taman sri keramat tengah
27/1/2009

solusi isu ummah sekarang

ramai yg pasti tertanya-tanya.. Islam itu ad-Din yg tersangat mulia, namun kenapa ummah islam asyik tertindas? lihat sahaja di gaza, hanya dalam masa 3 minggu, 1000++ syuhada' menjadi korban. di mana kekuatan Islam sebenarnya?

dalam buku manhaj hidup muslim karya al-maududi, beliau ada menyebut betapa sesungguhnya ummah islam telah kehilangan harta yg cukup2 berharga yg sebenarnya disitulah terletaknya kemuliaan islam dan itulah perbezaan islam dan kafir.
perkara itu adalah KEFAHAMAN DAN AMAL. muslim diberikan kefahaman tentang kalimah tauhid dan seterusnya amal yg menzahirkan kefahaman itu. itulah yg membezakan kita (muslim) dengan mereka (kafir).

NAMUN! lihatlah realiti ummah skrg, dua nilai penting ini telah hilang!
lalu Allah telah letakkan dan jatuhkan kehinaan kepada kita.
secara logiknya, siapa yg lebih hina, yg dh tau tp x buat, dgn yg mmg x tau lgsg?
of course la yg dh tau tu lebih hina kan?? sbb itulah kita menghadapi nasib sebegini skrg.
Jadi solusinya mudah namun perlu gerak kerja MEGA yg perlu dilakukan. kita perlu dptkan harta yg telah hilang itu dengan SEPENUH daya. kerana apabila harta itu dapat dikembalikan, bermakna kemuliaan dan kegemilangan islam dapat dipeluk kembali. namun, bagaimana??

laksanakanlah pembinaan individu-individu muslim~ ^__^

Sunday, January 25, 2009

Islam vs islam

apa beza Islam dan islam?
zahirnya nampak lah satu huruf besar satu huruf kecil utk "I".
jadi...mana satu yg betul??
mestilah huruf besar sbb islam tu hebat jadi kena letak huruf besar...
pasti??

sebenarnya salah, yg sebenarnya islam bukan Islam.
menggunakan hukum bahasa melayu, huruf besar utk kata nama dan huruf kecil utk kata kerja.
islam bukan hanya kata nama atau tajuk yg boleh diletakkan pada kad pengenalan.
tapi islam ialah gerak kerja dalam kehidupan kita di mana kita MENYERAH diri sepenuhnya kepada Allah.
ramai yg mengaku dia beragama islam, tp percayalah, itu hanya omong2 kosong yang langsung x kan dipandang oleh Allah.

yang penting, amal kita bagi membuktikan keislaman kita kerana itulah satu2nya NILAI di sisi Allah..

jadi, JADILAH islam bukan Islam. ^__^

jalan juang

Jalan Juang
Album : Pewaris Negeri
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com


Sabarlah wahai saudaraku
Tuk menggapai cita
Jalan yang kau tempuh sangat panjang
Tak sekedar bongkah batu karang

Yakinlah wahai saudaraku
Kemenangan kan menjelang
Walau tak kita hadapi masanya
Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati
Berpadu dengan jiwa Rabbani
Tempa jasadmu jadi pahlawan sejati
Tuk tegakkan kalimat Ilahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh
Pastikan azzam-mu smakin meninggi
Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi
Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!

nasyid yg aku baru letakkan dalam blog aku ni diharapkan mampu menyedarkan diriku dan yg lain bahawa perjuangan ini panjang namun kemenangan sudah dijanjikan. perjuangan menegakkan kalimah tauhid tidak memerlukan KITA, tp KITA yg memerlukan perjuangan ini kerana kemenangan pada akhirnya cukup manis demi cinta dan kasih kita yg abadi, ALLAH.

back to the track!

assalamualaikum semua,
lama gle x tulis ape2 kt dlm blog ni..
alhamdulillah aku ada cuti seminggu (mid sem break)
tapi, aku ada exam lepas hbs cuti ni..
tp ape2 pun... aku rasa mcm dh dpt mood nk menulis balik..
insyaAllah mulai esok, akan aku hasilkan beberapa penulisan yg dihasilkan melalui perkongsian orang2 hebat kpdku, pembacaan, dan analisa aqalku sendiri yg insyaAllah akan disalurkan melalui QALB (hati)..
mungkin hanya akan ada seorg yg membacanya, tp seorg sudah cukup bermakna buat diriku...
yg penting...melalui HATI ^__^

Saturday, January 17, 2009

Jom Turun!!


AYUH TURUN BERAMAI-RAMAI KE BANGSAR ESOK!! DEMI BUMI AL_QUDS DAN SAUDARA KITA DI SANA, LUANGKAN SEDIKIT MASA ANDA! ADA PAMERAN, SIARAN DOKUMENTARI, GERAK KERJA SEBAR MAKLUMAT PASAL PALESTIN DI SEKITAR LEMBAH KELANG, DAN YANG PALING BEST ADA TALK OLEH SPEAKER@ TERSOHOR TERMASUKLAH DR HAFIDZI DAN TUN DR MAHATHIR!

maklumat lanjut, www.completemalaysia.blogspot.com

COMPLETE MERUPAKAN GABUNGAN NGO-NGO DI MALAYSIA YG BARU SHJ DITUBUHKAN MELIHAT SITUASI DI BUMI ISLAM GAZA SKRG.

Sunday, January 11, 2009

saat ini

assalamualaikum salam sejahtera dan salam perjuangan buat semua.
terlalu lame tdak menulis,
terlalu sibuk dgn pelbagai program dengan suasana begitu kronik di bumi gaza, pelbagai tindakan perlu digerakkan.

dan hakikatnya, ramai jiwa-jiwa muda yang begitu berkobar utk memperjuangkan islam, cuma bagi kita yang "faham" ni, kdg2 selalu mengabaikan mereka....

di saat israel cuba melaksanakan "pembersihan etnik" yg kini sudah menerbangkan hampir 900 nyawa, seluruh masyarakat muslim serata dunia begitu terbakar. CUMA! pemimpin2 "negara2" islam yg sangat pengecut ini hanya sekadar menyatakan kritikan tanpa tindakan DRASTIK.

anda tahu bagaimana kejatuhan kerajaan turki uthamniah yang juga merupakan saat kejatuhan khilafah islamiyah pada tahun 1924??
semuanya kerana ideologi humanisme dan nasionalisme yg diterbitkan barat.
"turki, turkilah, arab saudi, arab saudilah, melayu, melayulah...bla bla.." ungkapan JIJIK yg dilafazkan oleh individu berjenamakan Islam yg hanya kata nama tp bukan islam kata kerja.

kini, perkara yg sama lebih kurang berlaku... PEMBERSIHAN ETNIK sedang berlaku, dalam masa lebih kurang 2 minggu shj, angka 1000 nyawa hampir tercapai. allahuakbar! hinanya kita. mana ikatan persaudaraan kita??? pernah dikeluarkan fatwa ketika kejatuhan turki uthmaniah, SEMUA UMAT ISLAM KETIKA ITU BERDOSA BESAR KECUALI MEREKA YG BERUSAHA SESUNGGUH-SUNGGUHNYA UTK MENYELAMATKAN KHILAFAH.

ayuh bangkit!

Thursday, January 1, 2009

air mata gaza

durjana zionis
rakus menjamah jiwa-jiwa si kecil wanita dan si tua
seperti binatang buas tak kenal ihsan
terus menghilangkan dahaga kesyaitanan
dengan darah dan air mata gaza

derita gaza tak ramai peduli
dalam lena dan buaian mimpi
tertipu dengan fantasi duniawi
tanpa langsung merasai derita
derita saudara dan keluarga kita
derita dan air mata bumi kita
bumi al-quds yang penuh kesucian

ayuh ambil peduli
bangkit dari tidur yang panjang
kerana kemenangan itu pasti
buat mereka yang bersama jalan ini
namun tidak buat mereka yang sekadar melihat
hanya meratapi tanpa secebis langkah pejuang

ayuh bangkit dengan azam si pemuda
penuh i'tiqad pada Yang Esa
bumi al-quds akan kembali bercahaya
dengan nur Ad-Din panji tercinta

bukan dunia yang kita mahukan
bukan kesenangan di sini yang kita impikan
tapi syurga menjadi idaman
kebahagian di sana jadi keinginan
jadi ayuh bersama jalan ini
jalan pejuang kebenaran
jalan di sisi bumi al-quds
membawa panji al-haq
tanpa sebarang anasir perkauman
hanya aqidah jadi kesatuan
ummah yang menjadi harapan
harapan tertegaknya islam!


Allahuakbar 3x!

`ammar bin sahrim
2/1/2009
taman sri keramat tengah

berapa nyawa lagi akan tergadai??

angka terkini di gaza : 400 syuhada', 2000 cedera dgn 200 kecederaan serius. [rujukan: palestinkini.info]
berapa nyawa lagi akn terkorban??
allahuakbar....sedihnya...kenapa tiada ruang buat kita berjihad bersama mereka...

doa utk mereka, wajib bagi kita. jangan biarkan setiap sujud terakhir anda kosong tanpa doa utk mereka.!!

semalam, tepat jam 12.00 a.m 1 januari 2009 ketika aku berada di masjid asy-syakirin klcc, bunyi dentuman bunga api yg cukup menggegar dada.... namun seorang daripada kami, melaungkan sesuatu... "cuba bayangkan seperti anda berada di palestin! mendengar bunyi bom dan tembakan jet pejuang israel!" lalu aku hijabkan pandanganku dari melihat warna-warni itu dan aku bayangkan seperti berada dalam suasana peperangan.... allahuakbar!! bagimana si anak2 kecil, si tua, wanita, dan anak-anak muda yg setahun jagung berada dalam suasana seperti itu SEPANJANG MASA?!

ayuh tanamkan azam berjuang bersama mereka!!