Thursday, June 11, 2009

sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nya kita kembali

salam, ptg td aku baru terbaca beberapa blog menceritakan tentang kemalangan jalanraya yg menimpa pelajar perubatan Universiti Kaherah. 5 org terlibat. seorang maut, 2 cedera parah, 2 lagi stabil.

yg sangat menyentak hatiku... yg meninggal dunia itu namanya AMMAR....

aku terfikir sejenak. andaikan AMMAR yg meninggal dunia itu AMMAR BIN SAHRIM, adakah kala itu aku sudah bersedia menemui Ilahku?

ya Allah, moga Kau ambil nyawaku dalam keadaan aku sempat melafazkan kalimah thaiyibah-Mu.. La Ilaha Illallah..

dan dengan rahmat-Mu, moga aku mati dalam syahid atas jalan-Mu.

~TaZkiRaTuL mAuT~

Wednesday, June 10, 2009

ajalku makin hampir..

suspen eh dgr tajuk ni? tp ia bukanlah satu provokasi atau elemen suspen..tapi satu tazkirah.
yelah, ajal kita dh ditetapkan...makin meningkat usia kita, makin berlalu hari demi hari, makin dekatlah kita dengan ajal kita yg mungkin esok lusa ataupun seminit selepas ini.

apa2pun...bersiap sedialah menemui Ilahi. adakah persiapan sudah dilaksanakan? tepuk dada, tanya iman.

"segarkan kembali iman kita".....nak segarkan guna air yg bagaimana?terpulang kpd kita... sbb salah satu ciri2 iman yg dinyatakan oleh syed qutb dalam tafsir surah al-`asr. Iman itu bersifat KREATIF. means, utk mendapatkan dan menyegarkan iman, caranya pelbagai dan bergantung kpd individu. kesimpulannya, jadilah kreatif! ^-^

~TaZkiRaTuL mAuT~

Tuesday, June 9, 2009

tertekan.

rasa tertekan. melihat realiti para pendakwah dan para pekerja Islam yang dikatakan MAHU menjadikan Islam sebagai manhaj utama. namun realitinya, semuanya berpecah. hasad sesama sendiri. mencari kekurangan kumpulan[jamaah] lain, mengakui bahawa kumpulan [jamaah] mereka yg terbaik.

aduhai para pekerja Islam....
sedarlah, bahawa Rasulullah x pernah mengajar sebegini,
yg Rasulullah didik sahabatnya supaya sentiasa berpadu di bawah dasar aqidah yg satu dengan mengukukuhkan manhaj yg diselaraskan berpandungan kesatuan aqidah tersebut.
kemudian lahirlah generasi sahabat yg sentiasa bersedia dan berSATU memperjuangkan Islam.
kenapa kita tidak boleh mencontohi mereka? kenapa perlu ada perpecahan dalam kalangan para pekerja Islam?

tidak cukupkah dengan perpecahan negara2 "rakyat muslim" yg ada sekarang?
tidak cukupkan perpecahan negara2 arab sekarang?
kenapa para pekerja Islam yg punya kesedaran pun mahu berpecah?
mengapa fikrah tidak boleh disatukan?
satu punca yg cukup jelas, kecelaruan aqidah.
bila mahu dibawa modul aqidah dalam sistem tarbiyyah, ada kelompok yg kata aqidah benda asas sgt, utk yg dh tinggi kena bincang perkara lebih penting mcm siasah, rumahtangga, daulah, dan sebagainya.
habis tu, apa pokok pembawaan Rasulullah dalam mentarbiyyah sahabat? adakah aqidah diketepikan? tidak! sampai Rasulullah wafat pun pokok perbincangan berkisarkan aqidah terus diterapkan.

sbb itulah para pekerja Islam sekarang susah nk bersatu, fikrah tidak diselaraskan dengan kesatuan aqidah, hanya berdasarkan matlamat diri dan kepentingan masing2. harap kita sedar dan bersatu akhirnya atas dasar aqidah berpandukan al-quran dan as-sunnah. moga kalimah tauhid dan kalimah risalah akan tertegak atas muka bumi Allah ini tanpa sempadan negara dan bangsa. yang ada hanya sempadan AQIDAH.

Sunday, June 7, 2009

muhasabah

di suatu malam, tidur, byk sgt mimpi, panjang2 plak tu. tapi sebenarnya tidur 4 jam je, tp mcm tidur 10 jam. bangun2 rasa x selesa, rasa resah, liat plak tu nk bgn. jam pukul 5 pagi, masih liat utk tahajjud. masih terasa resah.

baru ku sedar, aku tidur dalam keadaan tanpa muhasabah. mungkin ada dosa yg memberatkan tubuhku utk berdamping dengan Dia pada waktu yg paling dekat dengan Dia.

aku tahu kekuatan muhasabah tp aku selalu melupai utk melakukannya.
dengan muhasabah, kita igt kembali pd Dia, dan beristighfar dengan sepenuh hati meratapi dosa pada hari itu. moga aku tidak lupa lagi utk muhasabah agar apaila aku bgn, aku dalam keadaan yg amat tenang krn terigtkan Dia dan terasa ringan utk berdamping dengan Dia sbb tahajjud itu "powerful"!

Friday, June 5, 2009

hari jumaat?

salam, dengan lafaz bismillah aku menulis post ini.
bukan mahu menceritakan fadhilat hari jumaat. tp jumaat kali ni[semalam] amat bermakna bg aku sbb aku telah menjumpai bbrp ayat yg best dlm quran.

pertama, ketika aku membaca surah al-kahf[sunnah membaca ketika jumaat] terjumpa sepotong ayat;

"Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yg menyeru Tuhan-Nya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia, dan janganlah engkau mengikuti orang yg hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya dan keadaanya sudah melawati batas" [18:28]

ayat ni ada seorang ustaz dari Yaman asyik mengulanginya dalam majlis ta'lim beliau dengan menegaskan betapa golongan yg berkerja utk Islam hanya kerana mencari redha Allah adalah golongan yg sentiasa dekat dgn risalah Ar-Rasul.



semasa khutbah jumaat di masjid UKM, khatib berkhutbah tajuk "mat rempit". hehe. mula2 lawak pulak rasa. tp apabila mendgr, pengisiannya mantap. cuma aku hanya ingin menulis satu ayat yg dibacakan beliau dengan nada tegas.

"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yg tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yg telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yg telah mereka kerjakan". [11:15-16]

nauzubillah. semoga kita tidak tergolong dalam golongan yg mata dikaburi dunia.
jumaat yg bermakna bagiku moga menjadi hari penyucian jiwaku.

Wednesday, June 3, 2009

musibah

acap kali aku ditimpa masalah atau ada sahabat yg menceritakan masalah, hatiku bertambah yakin pada Dia.
bahawa ujian itu benar-benar proses peningkatan iman. Dia mahu lihat, siapa yg sabar siapa yang tidak. mudah bukan?tp hakikat disebaliknya cukup besar. mudah utk gagal, sukar utk lepas.

buat yg sedang mengharungi ujian/musibah, bersabarlah kerana ia termasuk perkara yg penting- Rujuk surah luqman:17.

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya beroleh kebaikan, nescaya diujinya dengan kesusahan” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Jadi, bersangka baiklah dengan Allah kerana apabila kita diuji, pasti ada kebaikan dibaliknya.
Aku selalu mengingatkan hatiku, walaupun Allah menguji, Allah telah menyediakan bekal yg sgt byk dan sgt hebat. qiam, quran, dhuha, rawatib, puasa, zikir, dan sebagainya sgt penting dijadikan bekal menghadapi kesemua ujian ini termasuklah UJIAN KESENANGAN DUNIA.

moga iman kita utuh mendepani musibah yg berlaku kerana Allah bersama mereka yg sabar. imanilah janji Allah ini.

kem asas?

Salam.
baru-baru ni sempat menyertai perkhemahan asas untuk pelajar f1 al-amin sebagai wakil alumni.
hehe yang lawaknya adik aku muhammad salah seorg peserta. kelakar tgk gelagat dia yg sgt "berdisiplin" dan "mematuhi arahan". harap2lah dikekalkan sampai ke rumah, jangan hanya dalam hutan.

komen keseluruhan aku tentang program,
syabas buat guru-guru yg terlibat dan semua AJK banin dan banat krn berjaya menjalankan program yg hebat melihat kesungguhan dan ketangkasan kesemua pelaksana program ini.

cuma, biasalah pasti ada kelemahan yg sewajarnya menjadi batu loncatan untuk terus bergerak maju. sistem syura dalam perlaksanaan amat penting kerana ia tunjak perlaksanaan itu. Jadi apa-apa pun kena kembali kepada keputusan syura. "once" kita lari daripada keputusan syura, maka nantikanlah implikasi negatifnya. Satu lagi, mungkin skil kepimpinan dalam kalangan pelajar al-amin perlu diasah lagi kerana punya banyak kelompongan di situ. Tapi apa-apa pun syabas buat semua! ^-^

Cuma satu diingatkan, perkhemahan sebegini adalah salah satu proses penting dalam sistem pentarbiyyahan pelajar. Ia bukan hanya perkhemahan pengakap atau kadet yang biasa, tapi ia punya "ruh" yang perlu dihayati oleh semua yg terlibat terutamanya jawatankuasa pelakasana [fasi]. Jadi, dalam setiap proses perlaksanaan termasuklah dalam memberi arahan dan juga aktiviti-aktiviti yang dijalankan, perlu ada proses pembinaan individu[tarbiyyah] itu supaya masa 3 hari 2 malam itu tidak disia-siakan begitu sahaja. aku lihat perkhemahan al-amin kini sudah semakin hilang ruh itu. tapi tidak mengapa, kita hanya perlu berusaha dan yang paling penting, saf kepimpinan perlu SEDAR akan perkara ini.

maaf atas komen ini, cuma perkara ini perlu diluahkan kepada yg terlibat dan yg x terlibat supaya memastikan setiap perbuatan kita membuahkan amal yg diterima oleh Allah.

`ammar : terigt kem asas dekat hutan lipur chamang. kem asas yg x kan dilupakan. kenapa?
1) semua fasi banin terpaksa berjuang dalam hujan lebat tanpa perlindungan semasa malam pertama demi mendirikan dapur dan surau terutamanya ust fatah, hadi, mankie, basith.
2) war game yg paling best dan paling "adil" aku pernah main.haha
3) yg paling lawak ini lah. Aku terpotong tgn aku ketika mengajar peserta bagaimana memotong kayu api yg basah. haha 3 jahitan pada tgn aku.

pengalaman mengajar kita byk perkara. persoalannya, sama ada kita belajar ataupun tidak. pengajaran itu wujud, namun pembelajaran itu terpulang kpd kita sama ada merealisasikannya atau tidak.

wallahu 'a'lam.

penyucian jiwa [tazkiyatun nafs]

bismillah. hari ni tiada program, jadi bagi mengisi sedikit masa, mahu menulis.
sekadar mahu membawa hati ini dan hati-hati yang lain untuk menjalankan sedikit proses pembersihan dan penyucian dengan bertadabbur sedikit ayat. kerana hati senang berbolak-balik. hanya dgn ayat-ayat cinta Allah, mudah untuk hati ini utuh pada jalan yg satu.

ayuh menghayati ayat ini,

"Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat" [42:20]

Kesimpulannya mudah, siapa mengejar akhirat, Allah akan berikan berlipat kali ganda. Siapa mengejar dunia, Allah akan berikan dunia utknya (itupun sebahagian) but NOTHING for him/her in akhirah.

"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yg sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [30:64]

wahai hati,
lembutlah dikau untuk mencari akhirat,
dan keraslah dikau pada dunia,
supaya nanti jasadku bergerak,
berpandu Al-Kitab dan As-Sunnah,
dan terus meneruskan risalah suci baginda dan sahabat,
dan tetap tsabat pada jalan ini,
yang hanya satu tiada dua atau tiga.