skip to main |
skip to sidebar
tarbiyyah yg berkesan..
ketika sibuk dengan study, diluangkan masa utk menjenguk mutarabbi
ketika sangat penat dengan tugas harian, diluangkan masa utk mendidik hati mutarabbi
ketika kekeringan duit, diinfaqkan duit itu utk belanja mutarabbi
ketika kepala pening dengan byk masalah, tetap menelaah buku utk penyampaian kpd mutarbbi
kesimpulannya ringkas, tarbiyyah yg berkesan dtg bila ada pengorbanan.
pengorbanan itu bukanlah hanya apa yg kita ada. tapi apa yg kita suka dan cinta. apa yg kita akan susah bila tiada atau kurang. apa yg penting utk diri kita. itu pengorbanan.
tapi pengorbanan itu tidak mudah, hanya dtg dari kekuatan iman yg tinggi.
jadi, ayuh tingkatkan iman! justeru akan berlakulah pengorbanan... maka tarbiyyah akan lebih berkesan insyaAllah... ^-^
knp tarbiyyah? kerana itulah jalan yg ditunjukkan ar-rasul. usah pertikaikan dengan byk alasan dan sebab demi menyesuaikan dengan cara sendiri. krn ar-rasul telah membuktikan pentingnya tarbiyyah dengan terhasilnya rijal2 dan nisa' seperti abu bakar, umar al-khattab al-faruq, uthman affan, ali bin abi talib, zubair al-awwam, bilal rabbah, sumayyah, zaid harithah, abu ubaidah al-jarrah, abd rahman bin auf, mus'ab bin umair, muaz bin jabal, dan lain2 [Allah meredhai mereka]. jadi dgn keyakinan kita akan pentingnya tarbiyyah, maka hendaklah kita memahami dan mengetahui bagaimana tarbiyyah itu berkesan.
wallahu a'lam.
"Madrasah Jiwa Perindu Syurga"
kata-kata yg menjadi headline bagi blog aku ni sangat bermakna buat diriku.
lagi2 bila memasuki madrasah ramadhan ini, aku rasa ayat ini sangat sesuai utk dipadankan dengan ramadhan ini.
ramadhan merupakan madrasah jiwa di mana di dalam madrasah inilah, jiwa dibersihkan dan hanya ditetapkan dengan nilai pengharapan dan takut [taqwa]. bagi para daie, bulan inilah masanya utk kita merasai bahagia "duniawi" bagi amal2 dakwah kita. ramai yg selalu menyangka bahawa kerja2 keras dalam amal dakwah hanya dapat dirasai di syurga. tapi percayalah, Allah sangat penyayang [Ar-Rahim] kpd para "pekerja" agamaNya. Seawal di dunia lagi Allah telah memasukkan kebahagian dan nikmat yg hakiki ke dalam jiwa sanubari para du'at.
Dan ramadhanlah antara masa yg paling sesuai utk merasainya. setelah setahun bekerja, melawan nafsu, menghabiskan masa duit tenaga dan keringat, mengurangkan masa bersama keluarga, sedikit masa utk "study", dan sebagainya... ramadhan inilah tempat kita merasai hasilnya. yg hanya dapat dirasai dalam jiwa. dan bila tiba hari yg dijanjikan, kita berharap apa yg sangat kita rindui [syurga] dapat digapai. dan hakikat ramadhan buat para daie merupakan hadiah besar dalam me"refresh" kekuatan utk setahun yg berikutnya. kekuatan qalb yg merupakan tunjang bagi amal suci ini. kekuatan qalb yg merupakan asas kemenangan ahlul badar semasa ramadhan. buat ulangkaji, tentera islam semasa perang badar langsung tidak bersedia utk berperang, mereka hanya utk keluar menyekat kafilah quraisy. [cuba bayangkan apa sangat kelengkapan yg mereka bawa]. namun mereka yg seramai 313 terpaksa bertembung dengan tentera musyrik quraisy yg ramainya 1000 org yg sudah bersiap siaga untuk berperang. namun atas dasar kekuatan qalb, aqidah, dan iman yg ketiga-tiganya berkait rapat, kemenangan besar buat mereka.
justeru buat para daie, masukkanlah diri kalian ke dalam madrasah ramdhan ini, madrasah jiwa semoga hati sentiasa merindui syurga dan dunia sentiasa berada di tangan BUKAN di hati.
salam alaikum. bismillah..
ramadhan sangat mendekati, adakah sudah bersedia kita?
moga ramadhan kali ini menjadi ramadhan yg terbaik.
mafhum satu hadith Ar-Rasul -----> berapa ramai puasa org yg berpuasa yg tdak diangkat dan diterima oleh Allah melainkan sekadar menahan lapar dan dahaga.
satu indikator mengukur tahap puasa kita sama ada yg dikehendaki oleh Allah atau tidak. TAQWA. kalau puasa kita tidak membina bangunan taqwa dalam jiwa kita, maka percayalah bahawa puasa kita tdak akan diangkat menemui Allah.
buat diriku dan sidang pembaca, ramadhan laksana madrasah yang sebenarnya penuh dgn "training" dan program latihan intensif. beberapa nilai yg sangat besar akan dilatih --> taqwa, ikhlas, dan sabar. dan buat para daie, 3 elemen ini merupakan kekuatan dakwah yg sangat besar.
akhir kalam, ayuh memasuki madrasah ramadhan ini dengan satu semangat dan azam yang sangat segar. anggaplah ini ramadhan yg terakhir buat kita, jadi buatlah yg terbaik semoga nanti bila berakhirnya ramadhan, kita ibarat bayi yg baru lahir. subhannallah!
p/s- jgn lupa tarikh hari ini (21 ogos) ----> hari al-quds
bila mana kefahaman yg JELAS tidak dibina,
bila mana dasar aqidah yg kukuh tidak diletakkan,
bila mana ukhuwwah islamiah antara ikhwah tidak diteguhkan,
bila mana amalan-amalan fardi tidak dijaga,
bila mana jiwa tidak dibersihkan sentiasa dgn zikrullah,
bila mana badan tidak dibangunkan sentiasa dgn qiamullail,
bila mana tilawah tidak menjadi sebatian qalb,
bila mana mathurat menjadi abaian,
bila mana solat jamaah menjadi pinggiran,
bila mana maksiat kecil dan besar bertambah,
bila mana tarbiyyah dzatiah tidak menjadi penemannya,
maka....
merudumlah komitmen seorang daie pada aktivitas dakwah...
kuranglah mad'u yg terikat hatinya...
terbantut tarbiyyahnya...
justeru buat DIRI INI dan para rijal yg memikul beban dakwah ini....
muhasabah diri kita...
kerana percayalah kita sangat memerlukan jalan ini...
kerana jalan ini yg membimbing kita pada redha-Nya...
bukan dgn pasti aku katakan tiada jalan lain,
tp ini jalan yg Junjungan-Nya tunjukkan pada kita,
menyebarkan Islam dengan bermula hanya seorang,
bersusah payah selama 23 tahun dalam berdakwah,
akhirnya Islam dalam gemilang,
namun kembali tumbang dek kerana kosongnya jiwa,
jadi kita rijal dakwah pada hari ini,
mesT isikan kembali jiwa-jiwa yg kosong itu,
Islam tidak memerlukan kita,
malah Islam pasti akan menang walaupun tanpa kita,
cuma kita yg sangat memerlukan Islam......
wabak makin dahsyat menular. kematian makin meningkat.
sesiapa shj berpotensi utk dijangkiti.
setelah sekian lama "kesakitan" ummat makin merebak secara tersembunyi, akhirnya tentera Allah menzahirkan kesakitan ini dengan kesakitan lahiriah. telah jelas ummat ini sedang tenat.
tenat fizikalnya, malah lebih dahsyat tenat jiwanya. jadi bagi para daie..... ayuh gerakkan kerja-kerja pembinaan.
bagi para du'at yg ditimpa musibah penyakit, semoga sentiasa punya keyakinan bhw ia pembersih kekotoran jiwa. menjernihkan hati para daie utk memulakan amal2 dakwah yg lebih segar. bersyukurlah dan bersabar kerana itu iman yg sebenar.
bismillah,
mengikat hati bukan dengan kata2 lantang dan berapi...
mengikat hati bukan dengan ketinggian ilmu dan penampilan bergaya..
mengikat hati bukan dengan keceriaan dan kemanisan wajah dan senyuman...
mengikat hati perlu ada hubungan yg rapat dengan Allah..
mengikat hati para mad'u perlu bermula dengan peribadi dan jiwa sang daie..
pemeliharaan amal fardi dan kejauhan daripada kemaksiatan kpd Allah..
Itulah cara sebenar mengikat hati...
ayuh mencari jalan ke arah tazkiyyah jiwa!
bismillah.. telah lama berehat menulis dek kerana kesibukan dalam dunia "medical school".
moga sidang pembaca dalam keadaan sejahtera dgn keteguhan iman dan ketetapan hati dalam mengabdikan diri kpd Ilah yg satu serta tsabat dalam meggerakkan diri dalam tugas sbgi khalifah...
buat diri ini dan kalian,
sepanjang penghidupan kita akan berlaku byk pertembungan antara kehendak hati dan kehendak iman... kadangkala pertembungan itu sangat jelas dan terlalu berlawanan. dan ketika itulah perlu ada pengorbanan. satu peringatan besar buat diri ini dan kalian, hidup ini hanya utk Dia, jadi andai ada ketika kehendak kita bertentangan dengan kehendak Dia, sangat tidak bertanggungjawablah andai kehendak kita yg menjadi pilihan...
dunia ini merunsingkan, membimbangkan, dan sangat membebankan, kerana setiap perilaku kita semasa dunia akan menjadi penghitungan dan penentu hala tuju yg kekal abadi di akhirat.
akhir kata, ayuh kuatkan hati utk meletakkan dunia pada tangan bukan pada hati kerana andai dunia berada pada hati, hati akan menjauhi Sang Pencipta.....
p/s- ramadhan madrasah tarbiyyah bakal menjelma! sudah bersediakah kita? ^-^