Thursday, September 24, 2009

selamat bermujahadah

kdg2 dgr kisah sahabat2 yg bermujahadah mencari redha-Nya membuatkan azamku makin kuat.
mengikut kehendak iman, bukan kehendak hati.
ya mmg susah.
tapi itulah jihad dan mujahadah.
semoga diriku istiqamah.
juga buat sahabat2ku.
semoga terus istiqamah dan tsabat atas jalan mencari redhaNya.

perginya Ramadhan diharapkan kekuatan amal yg dipersiapkan di"guna"kan sebaiknya dalam masa 11 bulan ni. dikekalkan prestasinya.

hati mudah berbolak-balik.semoga diteguhkan di atas landasan ketaatan kpd-Nya.

eid mubarak buat semua!
maaf kalau ada salah dan silap.


selamat bermujahadah buat semua.
berperang utk menolak al-hawa
.

Sunday, September 13, 2009

hamba yang merdeka

bismillah, salam buat semua.
macam mana boleh wujud frasa "hamba merdeka"?
kalau dah hamba, mana boleh dikatakan merdeka...
kalau merdeka, maksudnya sudah dikira bukan hambalah...

back to one ayat from quran that is really known, [51:56]
"tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba"

bila berbicara berkenaan konsep ibadah, setiap detik kita bernafas perlulah menjadi hamba tanpa satu detik pun tidak menjadi hamba bagi melaksanakan tuntutan ayat ini. andai satu detik kita tidak menjadi hamba, maka kita telah mengingkari tujuan RABB kita mencipta kita. akibatnya, cubalah kalau nk tahu.

anyway, apa yg aku cuba sampaikan pada hari ni bukan point ni sebenarnya. point ni sekadar ketukan kepada hati [bukan kepala] aku dan kalian supaya memperhambakan diri sepenuhnya kepada Dia.

point aku, andai kita benar2 memahami konsep 'ubudiyah ini, maka kita tidak akan menjadi hamba kpd yg lain. hamba duit, wanita, pangkat, kuasa, hiburan, muzik, study, kawan2, boss, dan sebagainya. jadi andai kita membebaskan diri drpd menjadi hamba bagi semua perkara ni, kita adalah hamba Allah yg merdeka.

teringat kata seorg akh, "makin rendah sujud seseorg pada Allah, makin merdekalah dia"

wallahu a'lam. moga menghayati dengan qalb dan menjadi individu yg beramal.

Sunday, September 6, 2009

17 ramadhan

apa yg anda tahu berkenaan 17 ramadhan? nuzul qur'an? turunnya ayat surah al-`alaq?
itu shj?

jgn dilupa satu lagi peristiwa agung..
peperangan badar al-kubra yg sudah ku sentuh ruh di sebalik perang ini pada posting sebelum ini.

buat renungan dan peringatan KITA yg sudah mengetahui kisah perang badar, ambillah `ibrah di sebaliknya. dalam rangka amal menguatkan aqidah dan ukhuwwah yg menjadi tunggak kemenangan tentera 313 umat islam.

rumusannya buat mereka yg berada di atas jalan dakwah ini, jihad itu pasti PERLU ditempuhi kerana itu jalan yg KITA pilih. namun percayalah jihad itu dtgnya daripada kekuatan aqidah dan iman yg sentiasa diusahakan utk ditingkatkan diBINA. jihad bukan hanya dtg dengan semangat. dengan laungan dan pekikan semata-mata. bukan dengan rasa simpati, marah, dan dendam.
tapi hakikatnya didasari oleh IMAN.

jadi, yakinilah jalan ini. jalan KITA. jalan menyambung risalah ar-rasul. jalan ISLAM.
OneMission.