Sunday, May 29, 2011

j.u.a.n.g

Tiada perjuangan tanpa pengorbanan
Tiada pengorbanan tanpa iman

Asasnya iman --> buahnya --> pengorbanan dalam perjuangan

Monday, May 23, 2011

tarbiyyah dzatiyah

Bismillah.
Sudah lama gileeeeee aku tak update blog ini. Hakikatnya kerana malas.
Memang niat nak tutup blog ni, tapi biar jelah terbuka untuk aku menulis bila kebosanan atau kegeraman (errkk..?)

Aku dan kawan-kawanku diberi cuti 4 BULAN!
Lama seh. Semua duk fikir mcm mana nak habiskan masa 4 bulan ni.
Nah! datanglah berbondong-bondong, berbatilion-batilion tentera syaitan dan nafsu menggungat segala isi hati dan iman. Menanam segala pokok-pokok besar KEMALASAN dalam diri.
Nah di situ hadirnya satu metode buat kita ---> Tarbiyyah Dzatiyah.

Nak cerita pasal tarbiyyah dzatiyah mmg panjang but in a simple sentence ---> Menggunakan kekuatan diri untuk meningkatkan iman dan sentiasa berlawan dengan diri tika iman menurun.
Ya! ia peprangan besar dalam diri!
Tika mana kita tiada suasana yg mentarbiyyah diri, kitalah yg mencetuskan suasana. Kerna hakikatnya ada pihak yg sedang berusaha BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk mencetus suasana jahiliah dalam diri ---> Syaitan dan Hizbinya (pendokong).

Tapi fitrah manusia memang tidak akan mampu selama-lamanya berperang sendiri. Tetap sangat membutuhkan sentuhan-sentuhan external terutamanya perdampingan dengan orang-orang soleh sebagai IMAN BOOSTER.

Aku sendiri mengakui dengan yakin, aku x mampu hadapi cuti ni sorang-sorang dan berjaya maintain iman. I NEED THE ENVIRONMENT AND THE PEOPLE.

So?? Lets find `em.. =)

Selamat bercuti~

Wednesday, March 16, 2011

exam

Bismillah.
Maaf, blog ini sudah semakin kerap menjadi berhabuk. Entahlah aku pun tak tahu kenapa.
Namun aku tidak bercadang untuk menutupnya kerana blog inilah yg menjadi ruang untuk aku menulis dan berkongsi apa yg aku "rasa" walaupun aku sgt yakin tiada siapa yg membaca blog ini.

1st professional exam semakin menghampiri. Apa yang aku pelajari selama 2 tahun bakal diuji dengan satu peperiksaan besar. Moga dipermudahkan oleh Allah. Sedang bersedia.

Jujur aku katakan, aku masih belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan terbesar di hadapan Allah nanti. Sungguh, segala peperiksaan di dunia tidak akan dipandang sedikit pun oleh Allah. Yang hanya akan dipandang adalah PEPERIKSAAN itu. Di padang mahsyar.
Astaghfirullah, terlalu jauh untuk aku katakan sudah bersedia.
Sudah bersediakah kita?

Wednesday, February 23, 2011

makan dengan ummi

Baru lepas makan dengan ummiku yang bakal berangkat ke rumah Allah yang sangat dirinduinya Makkatul Mukarramah. Sengaja menghabiskan petang dan malam ini dengan beliau, baba, dan abang. InsyaAllah moga mereka memperoleh 'umratul maqbulah. Bila mungkin menjadi saat ku melihat ka'bah di hadapan mataku..? Sungguh, walau tak pernah menjejakkan kaki, namun rindu di hati sangat membuak-buak untuk ke sana mendapatkan perasaan ruhiy itu yang tak mungkin diperoleh di tempat lain.

Sambil makan-makan dengan ummi, aku saja berkongsi tentang musuh kita. Ke mana kita lari, ke mana kita bersembunyi, ke pelusuk mana sekalipun, dalam peringkat umur bagaimanapun, dalam suasana bagaimanapun, kita pasti akan menemui musuh-musuh ini. Empat (4) bilangannya. Syaitan, Hawa nafsu, Orang kafir dengan senjata-senjatanya, dan orang ber"agama" islam yang dengki.

Kita tiada pilihan! musuh ini tetap pasti akan bertembung dengan kita walau sekencang mana sekalipun larian kita!

Namun yang pasti, siapa yang berjaya dengan tabah dan teguh mendepani musuh ini, Allah janjikan taman-taman syurga, bidadari, makanan terlampau mewah, penginapan yang teramat selesa, dan nikmat-nikmat lain yang tak mampu terbayang. Seperti dalam petikan sebuah nasyid : "Bagi yang berjaya (melawan musuh ini), taman-taman syurga melambai-lambai".

Nah, justeru apakan persediakaan kita menghadapai musuh-musuh ini? Kerna itulah, kita sangat membutuhkan tarbiyyah. Walau sehebat mana pangkat kita. Perdana menteri, pensyarah, guru, ustaz, pemimpin, doktor, jurutera, lulusan syariah, atau apa jawatan sekalipun, kita tetap membutuhkan tarbiyyah kerna itulah persediaan kita mendepani musuh-musuh ini.

Wallahu a'lam.

Monday, January 31, 2011

tidak sama!

.
.
.
.
.
"Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin" [As-Saff:13]

"Dan mengapa kamu tidak menginfaqkan hartamu di jalan Allah, padahal milik Allah semua pusaka langit dan bumi? Tidak sama orang yang menginfaqkan (hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menginfaqkan (hartanya) dan berperang setelah itu. Dan Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan" [Alh-Hadid:10]

Nah, apa tunggu lagi? Sungguh, tidak sama darjatnya mereka yang bersama perjuangan ini dengan mereka yang bersama kemenangan bila Islam sudah menang. Sungguh tidak sama!

Thursday, January 27, 2011

Rabbaniy

Kala kita bekerja keras melihat Islam kembali subur menjadi ustaz kepada alam, terasa begitu sukar perjalanan. Terasa begitu menginginkan keajaiban.
Di situ lah kita harus kembali kepada sifat asas dakwah, iaitu rabbaniy.

Rabbaniy itu apabila kita meletakkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah, pada masa sama hubungan dengan Dia begitu rapat dan pembersihan hati daripada dosa dan maksiat dilakukan dengan begitu mujahadah. Dan apabila kerabbaniyan itu terbina secara hebat, maka yakinlah bantuan Allah akan tiba.

Itu teori.
Namun bukti terpampang di dalam al-qur'an dan seerah. Bagaimana Nabi Musa berada di hujung daratan bersama pengikutnya apabila dikejar Firaun. Dan Allah memerintahkan agar baginda menghentak tanah, lantas laut merah terbelah dua. Nah, itulah bantuan yang tidak disangka-sangka. Dan itu hanya terjadi apabila perjuangan dilaksanakan oleh Nabi Musa secara habis-habisan. Begitu juga dengan perang badar dan perang mu'tah yang dilihat lahiriah MUSTAHIL untuk tentera Islam menang. Namun disebabkan keimanan dan tawakkal yang begitu hebat, ditambah dengan pembersihan dan taubat yang dahsyat, maka Allah turunkan kemenangan.

Begitu juga kisah Talut dan Jalut yang diceritakan dalam surah Al-Baqarah. Tentera-tentera Talut yang ditapis dan ditapis dan akhirnya yang tinggal hanyalah mereka yang punya keimanan yang tinggi dan memuncak. Akhirnya kemenangan diperoleh hanya dengan lastik.

Yakinlah. Al-Haq akan datang dan menang, dan Al-Batil akan tumpas dan berlalu pergi (Al-Israa':81). Tapi jangan dilupa beberapa ayat yang didahulukan sebelum ayat 81 ini (sila tadabbur). Ada tuntutan-tuntutan sebelum Al-Haq menang, iaitu solat dan tahajjud --> simbol dan praktikal rabbaniy itu.

Inilah prinsip kita yang ingin menyampaikan Risalah dan meneruskan sunnah terbesar Ar-Rasul. Menjadi golongan kekasih Dia dan kekasih Ar-Rasul. Justeru kita perlukan bekal yang banyak untuk memikul beban yang berat ini. Analogi yang diberikan oleh seorang akh ---> Kren yang nak angkut benda yang berat perlukan pemberat dibelakangnya.
Begitu juga kita yang ingin membawa amanah yang berat, sangat membutuhkan bekal yang banyak.

Wallahu a'lam.

Friday, January 14, 2011

sakit

Beberapa hari yang lepas, panel dari Malaysian Qualification Agency (MQA) datang ke kampusku. Untuk menilai sama ada sekolah perubatanku (USIM) layak diberi kelayakan (agregitasi) ataupun tidak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan khabarnya, kelayakan telah diberikan.

Hari kedua kedatangan mereka, aku dan 7 orang rakan aku serta wakil batch dipilih secara rambang oleh pentadbiran fakulti untuk lunch dengan mereka.

Dipendekkan cerita, salah satu soalan yang ditanya kepadaku, "Apa definisi sakit for you as an islamic university medical student"?
Aku bacakan ayat kedua surah al-aankabut. Aku melafazkannya dengan penuh peringatan buat diriku yang sedang ditimpa musibah kesakitan.

Sungguh, musibah kali ini agak berat buatku, namun sangat bermakna.
Musibah ini penuh dengan kesulitan, kesulitan bergerak, kesulitan beramal, kesulitan beraksi, kesulitan bermuayasyah, kesulitan belajar, kesulitan kehidupan seharian. Tetapi hakikatnya aku begitu percaya Allah sangat sayang padaku.

Yang lebih penting, inilah sesi pembersihan dosa-dosaku yang menggunung tinggi.

Satu bonus tambahan bila ditimpa musibah, kita dapat merasai nikmat ukhuwwah itu. Melihat bagaimana teori persahabatan dan persaudaraan menjadi praktikal. Subhanallah. Hikmah itu indah. =)

Mari jadi orang yang bersyukur.