salam,
aku lebih menggemar menulis artikel @ reminder berdasarkan analisa, pengalaman, dan pembacaan sendiri. Ruang kali ini aku manfaatkan untuk mengingatkan diriku dan sidang pembaca tentang RAWATAN HATI PALING BERKESAN.
aku bercerita berdasarkan pengalaman aku. Sebenarnya selama 18 tahun aku hidup di atas muka bumi ni, byk dugaan aku hadapi, ujian, kesedihan, kejatuhan hati dan sebagainya.
Berdasarkan analisaku, rawatan hati paling berkesan adalah igt pada Dia. cukup mudah bunyinya tp cukup sukar utk diaplikasikan.
Buat diriku dan sidang pembaca, bila kita sedih dan berasa gelisah, ingatlah pada Dia kembali, banyakkan doa, qur'an, dan zikir. Mmg nampak BIASA, tp cuba lakukan sepenuh hati. Mengadulah sehabis2nya dalam sujud2 kita kerana Dia akan sentiasa mendengar. baru2 ni aku cukup2 sedih, gelisah, dan "down". Aku kembali igt pada Dia. Alhamdulillah walaupun masih sedih, tp aku nampak jalan aku. Aku tau apa perlu aku lakukan. Ketenangan ada pada diri aku.
Ya Allah, kau xpernah mengabaikan hamba-hambaMu walaupun kami sering lupa akan Mu.
Buat diriku dan sidang pembaca, jangan sombong dgn Allah. jangan merasakan Allah telah memberikan kehidupan yg tidak bahagia utk kita kerana telah tersebut di dalam Al-Quran, mafhumnya, "adakah layak seseorg itu mengaku dia beriman sedangkan dia belum diuji??". Jadi buat diriku dan sidang pembaca, tetapkan hati walau sedih mana pun kita. Ingat Allah ada perancangan yang cukup tersusun utk kita... Yang penting....
~PerJalanAn Ini TakkAn BerAkhir SampaiLaH kiTa menDapaT SyurgA-Nya~
Antara dua pilihan
4 years ago

1 comment:
Betul tu..ana sokong 100%
Post a Comment