kehidupan di dunia adalah untuk mencari kesempurnaan nikmat..
kesempurnaan nikmat yg mustahil utk dicapai bersendirian..
mencari mardhatillah yg tertinggi...
bila mana kalimah tauhidNya tertegak di kedudukan yg tertinggi...
di situlah kesempurnaan nikmat yg dituju bakal dicapai...
namun bagaimana? terlalu besar matlamat itu.
bertahapanlah... dan bersabarlah...
perjalanan ini masih panjang, tapi kemenangan itu pasti..
andai matlamat besar itu tidak dicapai taktala kita masih bernafas,
tidak mengapa... selagi mana nafas terakhir kita itu semasa kita masih berada atas jalan menuju kesempurnaan nikmat itu...
namun persoalannya? sejauh mana komitmen kita untuk memastikan kita tetap tsabat?
adakah sudah bersedia utk kita menghadapi cabaran di alam kerjaya nanti?
fikir-fikirkan... dan selamat beramal... ^-^
tarbiyyah perlukan mereka yg sentiasa yakin dgn sifat dakwah ar-rasul.
sifat dakwah ar-rasul yg sentiasa membina jiwa-jiwa. bukan stakat dgn perasaan semangat dan berkobar semata-semata. yang berperingkat. tidak tergopoh-gapah. tersusun. yg panjang dan lama sifatnya. tapi terjamin keasliannya. itulah sifat dakwah ar-rasul. sgt payah. memerlukan mereka yg sabar. dan tidak mencari jalan mudah dan cepat semata-mata.
tarbiyyah itu hebat. melahirkan rijal-rijal yg sentiasa bersedia dgn pelbagai mehnah. jasadi mahupun kesenangan. yg pasti, tarbiyyah itu pemula dan pengakhirnya. dan juga pertengahannya.
bersabarlah dan yakinlah buat mereka yg bersama jalan ini.
janji Allah menantimu.
bertadabbur surah an-naba'.
sangat dahsyat surah ini!
untuk mengetuk kepala2 org kafir, munafiq, muslim yg hanya pada nama.
juga mengetuk kepala mukmin, dan juga para daie yg mungkin terleka dengan dunia.
bahawa hari kebangkitan itu sangat pasti!
dan ia akan terjadi dengan sangat dahsyat!
dunia akan hancur!manusia akan cemas!
persoalan untuk mereka yg mengaku beriman pada hari kebangkitan ini...
adakah layak dikatakan beriman hanya dengan PERCAYA akan kewujudannya?
sungguh tertipu kita kalau beranggapan begitu..
beriman bermaksud BERSEDIA.
perasaan gerun dan gentar pada hari itu bukan setakat bertapak di hati, tapi terzahir pada amal.
amal2 yg qawi (kuat).
huh.. baru sempat untuk mengupdate blog yg semakin berhabuk. kdg2 terasa keletihan dan mahu berseronok seketika [yg kemudiannya menuju kefuturan scr x sedar]. tp aku "sangat memerlukan" kerja ini. aku perlu terus tsabat. sbb bila kita sudah faham apa matlamat dan jalan kita, kita xboleh punya alasan untuk tidak berkorban [kita rasa byk pengorbanan kita tp sbnrnya sikit] untuk mendapat redha Allah yg teramat sangat tinggi nilainya.
buat diriku dan para kaum yg berorientasikan amal, tabahkan hatimu atas jalan yg payah ini.
kesenangan menantimu di sana!
ayuh bersama jalan ini. jalan ar-Rasul, jalan sahabiah, jalan generasi al-qur'an!
aku kagum dgn mereka..
ikhwah yg x pernah putus asa..
atas jalan yg SANGAT panjang dan perlahan ini..
mereka tetap yakin dgn janji Allah..
aku lihat di sekelilingku yg berada dekat dgnku..
ikhwah yg ditimpa byk musibah, ttp teguh atas jalan yg MULIA ini..
ikhwah yg walau hilang mereka yg sangat disayangi , tetap berkobar untuk berjihad atas jalan ini...
ikhwah yg siangnya berusaha untuk mencari pendapatan untuk diinfaqkan atas jalan ini, dan hampir setiap malamnya berdamping dgn mutarabbi, tetap bersmgt walau terpancar kepenatan di wajahnya.
ikhwah yg berada di luar negara dgn byk tarikan2 yg maha dahsyat, dgn ujian penuh mencabar, tetap mampu mengembara beratus batu, berjam2, demi mencari kehangatan dakwah dan tarbiyyah...
aduh...hebatnya mereka!
aku di sini... entahlah... aku tidak boleh beri apa-apa alasan lagi!
mereka memacu langkah dengan penuh keyakinan dan pengorbanan..
aku perlu jadi seperti mereka..
insyaAllah, aku akan berusaha...
sekadar peringatan besar buat diriku dan yg lain2 yg bergelar MAHASISWA.
Kita adalah muslim yg belajar. bukannya pelajar yg muslim
bezanya??
kalau pelajar muslim, hidup dia lebih kpd belajar tp sampingan dia x tinggalkan solat, puasa semua tu. tp hakikatnya dia memfokuskan belajar semata2.
TAPI!
muslim yg belajar ialah seorg muslim yg mengamalkan manhaj hidup sebagai seorg muslim serta mengajak org lain untuk menjadi muslim yg SEBENAR. sampingannya, dia menuntut ilmu utk menambahkan lagi kekuatan islam dalam dirinya. belajar bukanlah HIDUPnya. HIDUPnya sebagai hamba. tidak bermaksud die melupakan pelajarannya, tp dia pastikan matlamatnya jelas dalam belajar itu.
Selamat Menjadi Muslim Yg Belajar!
Selamat Menjadi Muslim Yg Bergelar Doktor!
Bukan Menjadi Doktor Yg Beragama Islam!
kdg2 dgr kisah sahabat2 yg bermujahadah mencari redha-Nya membuatkan azamku makin kuat.
mengikut kehendak iman, bukan kehendak hati.
ya mmg susah.
tapi itulah jihad dan mujahadah.
semoga diriku istiqamah.
juga buat sahabat2ku.
semoga terus istiqamah dan tsabat atas jalan mencari redhaNya.
perginya Ramadhan diharapkan kekuatan amal yg dipersiapkan di"guna"kan sebaiknya dalam masa 11 bulan ni. dikekalkan prestasinya.
hati mudah berbolak-balik.semoga diteguhkan di atas landasan ketaatan kpd-Nya.
eid mubarak buat semua!
maaf kalau ada salah dan silap.
selamat bermujahadah buat semua.
berperang utk menolak al-hawa.


