Friday, January 14, 2011

sakit

Beberapa hari yang lepas, panel dari Malaysian Qualification Agency (MQA) datang ke kampusku. Untuk menilai sama ada sekolah perubatanku (USIM) layak diberi kelayakan (agregitasi) ataupun tidak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan khabarnya, kelayakan telah diberikan.

Hari kedua kedatangan mereka, aku dan 7 orang rakan aku serta wakil batch dipilih secara rambang oleh pentadbiran fakulti untuk lunch dengan mereka.

Dipendekkan cerita, salah satu soalan yang ditanya kepadaku, "Apa definisi sakit for you as an islamic university medical student"?
Aku bacakan ayat kedua surah al-aankabut. Aku melafazkannya dengan penuh peringatan buat diriku yang sedang ditimpa musibah kesakitan.

Sungguh, musibah kali ini agak berat buatku, namun sangat bermakna.
Musibah ini penuh dengan kesulitan, kesulitan bergerak, kesulitan beramal, kesulitan beraksi, kesulitan bermuayasyah, kesulitan belajar, kesulitan kehidupan seharian. Tetapi hakikatnya aku begitu percaya Allah sangat sayang padaku.

Yang lebih penting, inilah sesi pembersihan dosa-dosaku yang menggunung tinggi.

Satu bonus tambahan bila ditimpa musibah, kita dapat merasai nikmat ukhuwwah itu. Melihat bagaimana teori persahabatan dan persaudaraan menjadi praktikal. Subhanallah. Hikmah itu indah. =)

Mari jadi orang yang bersyukur.

3 comments:

[MH] said...

Seorang hamba itu akan sentiasa bersyukur, baik susah atau senang. Baik tika sakit mahupun sihat. Dia begitu mengingikan cinta Allah. Dialah juga ibadurRahman. Seperti yang telah diceritakan dalam Kitab agung

Syafakallah ya akh. Sungguh sakit itu adalah ujian, ia juga rahmat menandakan bahawa Dia sedang memberikan perhatian kpd enta.

misz_pingu said...

Shafakallah...Tahniah dan takziah..ini adalah hadiah dari Allah.Ujian 1 anugerah.Hikmah harus dicari.

JokerPro said...

It’s nearly impossible to fnd educated people for this topic, but you sound like you know what you’re talking about!
Thanks
Agen Slot
Joker Slot
Tembak Ikan
Slot online