Friday, November 14, 2008

aaaahhh...status aku bagaimana?

assalamualaikum,
bercakap pasal status bukanlah maksud aku berkenaan aku ni dah berpunya ataupun belum...
tp aku berasa sgt risau membaca dua ayat dari surah Luqman..mari2 buka al-qur'an tafsir kalau anda mahu bertadabbur al-qur'an~

Tidakkan engkau lihat bahawa kapal-kapal itu belayar di dalam lautan dengan ni'mat Allah untuk memperlihatkan kepada kamu bukti-bukti kekuasaan-Nya. Sesungguhnya pada kejadian-kejadian itu terdapat bukti-bukti bagi setiap orang yang banyak bersabar dan bersyukur.
(31:31)

Dan apabila mereka dilanda gelombang lautan laksana bukit, mereka terus berdoa kepada Allah dgn menumpukan keta'atan kepada-Nya, kemudian apabila Allah selamatkan mereka sampai ke daratan, maka hanya sebahagian dari mereka sahaja yang bersifat sederhana. Dan tiada yang mengingkarkan ayat-ayat Kami melainkan hanya pemungkir-pemungkir janji yg amat kufur
(31:32)

Aku membuka tafsir fi zalil qur'an karya Sayyid Qutb,
sesungguhnya utk belayar, sesuatu kapal memerlukan keseimbangan yang sangat2 teliti, dan Allah shj lah yang mampu memelihara mereka daripada bencana2 alam. Apabila ombak ganas menimpa kapal tersebut, manusia sudah tidak mampu menggunakan kekuatan dan qudrat mereka, hanya kepada Allah yang mampu mereka berserah. Namun apabila mereka selamat, hanya segelintir yang masih taat kpd Allah.

Itulah kehidupan manusia kini, bila ditimpa kesusahan sering kembali kpd Allah, namun apabila sng, lupa.
Yang lebih teruk apabila susah, xigt Allah langsung.. aaaahhh...status aku bagaimana?

p/s-aku hanya ringkaskan penjelasan Sayyid Qutb, kalau tulis panjang-panjang takut ada yg bosan atau mungkin x fhm. allahu ta'ala a'lam