Wednesday, November 19, 2008

ayat-ayat Allah

bismillah,
hari ni tercapai juga hajat utk mandi sungai!! =)=)=)

aku bermandi-manda bersama najmee, adikku yg paling bongsu muhammad, afiq tahir dan sepupunya di alang sedayu. seronok bangat walaupun skjp je disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan...

subhanallah... sangat menakjubkan ciptaan Yang Esa. terlalu byk 'ibrah yg boleh diambil daripada ciptaan2-Nya. antara yg aku dpt adalah batu yang sangat lah keras sehingga boleh memecahkan kepala manusia, tidak pernah ingkar arahan Allah dan sentiasa berzikir kpd-Nya. dan apabila aku melihat batu2, aku terfikir bagaimanakah batu ini yg dikatakan sebagai bahan bakar api neraka! (sila rujuk surah at-tahrim:6). Satu bukti betapa api neraka itu teeeeeerrrrramatlah panas!!!

aku lihat air sungai yang tenang mengalir dan mengikut sunnahnya. mengapa batu dan air ini mampu sentiasa taat dgn Allah walaupun mereka punya kehebatan tersendiri?? tetapi manusia yang mampu dilemaskan oleh air sungai dan mampu dipecahkan kepala oleh batu begitu angkuh dgn Sang Pencipta??

namun.... pemandangan indah di sungai itu dirosakkan oleh sekumpulan manusia yang berseronok serta bermaksiat.. ahh geram!! analogi cukup mudah, masuk rumah org lepas tu buat kotor, buat semak! x geram ke tuan punya rumah tu?? begitu juga bumi ni, bumi ni milik Allah.. hutan itu milik Allah! kenapa teragamak manusia mencemarkannya dgn perbuatan yang SANGAT pasti dimurkai oleh Allah.

Banyak aku belajar hari ni. Akhirat nanti pasti ada yang akan masuk syurga dan neraka, tapi jangan sesekali merasakan kalau kita biar shj masyarakat terus berada atas jalan menuju ke neraka, kita boleh masuk syurga dgn amalan2 kita. tanggungjwb dakwah terlalu penting, krn ia bukan pilihan tp satu kewajiban yang jelas dan pasti sehingga nafas kita yg terakhir.

wallahu a'lam...

No comments: