Sunday, November 2, 2008

baba balik~

yeay! baba dh balik after a week++ pergi USA atas urusan kerja. haha tatau nape excited sgt, aku rasa rindu sgt pada dia. rindu pada semangat dakwah dia, rindu pada motivasi yg sering dia berikan padaku, rindu kpd ilmu2 dakwah yg sering dia kongsikan, rindu kpd saat solat berjemaah bersama, rindu kpd suaranya membaca surah al-waqiaah pada setiap malam (aku x pernah tgk dia x baca surah ni), rindu pada sifat penyayangnya kpd ummi dan anak-anak, rindu kepada kesungguhannya mencari nafkah, aku rindu segalanya berkenaan dia. Dia inspirasiku, idolaku, dia bapa yg terhebat buatku... aku x dpt balas jasanya, hanya doaku pada setiap sujud2 terakhirku yg aku harapkan menjadi peneman buat dirinya semasa di kubur nnt. jazakallah baba kerana berjaya mendidik anak-anakmu. aku akan berusaha menjadi muslim yg memberi manfaat kpd manusia, aku akan gunakan semua ilmu2 yg kau telah kongsikan.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku ketika aku kecil,
Ya Allah masukkanlah mereka ke dalam golongan2 yg kau cintai, golongan kekasih2 mu. lapangkanlah kubur mereka, dan jauhkanlah mereka daripada azab2mu.
Ya Allah, bahagiakanlah mereka dunia dan akhirat.

wassalam

No comments: