salam,
ada seseorang minta aku jelaskan sedikit berkenaan artikel aku sebelum ini bertajuk ahhh...status aku bagaimana?
aku tambahkan lagi dengan satu lg ayat dari surah Al-Israa':
Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, hilang semua yang (biasa) kamu seru kecuali Dia. Tetapi ketika Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling (dari-Nya). Dan manusia memang selalu ingkar (tidak bersyukur).
(17:67)
Berbalik kpd tafsir surah luqman ayat 32,
Sayyid Qutb dalam tafsir fi zilalil qur'an menerangkan bagaimana sesuatu kapal memerlukan keseimbangan yang sangat teliti. Kapal memerlukan kepadatan air dan kepadatan bahan kapal yg seimbang. Juga memerlukan nisbah tekanan udara, darjah kepanasan yang seimbang. Apabila semua keseimbangan sudah dicapai, tinggal satu lagi hakikat iaitu Allahlah yang menjaga dan melindungi kapal-kapal itu menempuh gelombang di tengah-tengah ribut taufan.
Satu masa, ombak yang sangat kuat menimpa kapal tersebut, walau sehebat mana pun kekuatan fizikal manusia, ketika itu semua manusia akan kembali kpd fitrah yakni keberserahan kpd Sang Pencipta. Namun apabila Allah menyelamatkan kita, hanya sebahagian yg masih taat.
Cuba kaitkan dengan kehidupan kita, kalian mesti faham InsyaAllah.
Percayalah, apabila tiba saat kita betul2 tersiksa dan menderita, kita akan kembali kpd fitrah yakni mengharapkan bantuan Yang Maha Esa.
Teringat ketika di kedai kopi semalam apabila seseorang menceritakan satu kisah tentang seorang pendukung gerakan komunis yang mengagungkan ideologi karl max. Dia bernama Lenin. Kita semua maklum yang komunis tak percaya kewujudan Tuhan.
tapi satu ketika, Lenin ditimpa satu penyakit yang menyebabkan dia menderita. Disebabkan terlalu menderita, terlepas dari mulutnya.. "OH MY GOD!".
Namun berbalik kpd status kita, haruslah kita bermuhasabah di mana status kita, adakah dalam kalangan mereka yang apabila diselamatkan oleh Allah terus lupa dan alpa, atau terus taat kpd Yang Maha Agung dan Bijaksana. Dan ingatlah, mereka yang tidak bersyukur dilabel oleh Allah sebagai PENGKHIANAT YANG TIDAK BERTERIMA KASIH!
wallahua'lam
Antara dua pilihan
4 years ago

No comments:
Post a Comment