bismillah,
hari ni aku sertai misi DERU (Disaster Emergency Rescue Unit) berikutan bencana tanah runtuh di bukit antarabangsa.
Bersama beberapa orang pakcik2, kami berkumpul di dewan au2 kerana dikhabarkan di situ akan menjadi penempatan sementara mangsa. turut berada di situ beberapa orang YB termasuk YB ulu klang, YB Saari Sungib.
Namun selepas asar, kami dpt berita dr YB bhw penempatan sementara yang terkini adalah di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang. Kami bergegas ke sana.
Kami antara team yg terawal sampai bersama persatuan bulan sabit merah yg ALMOST semuanya NON-MUSLIM.
Di situ kami byk menumpukan kpd tugas mengangkut barang makanan dan pakaian. yang sgt menarik, pengalaman pertama aku mengangkut barang ke dalam helikopter yang mendarat di padang sekolah. aku berada begitu rapat dgn helikopter itu yg sgt kuat bunyi putaran kipasnya. yang kelakarnya, budak2 PBSM semua semangat tangkap gambar berlatar belakangkan helikopter tu. haha.
kami berehat sebentar semasa maghrib kemudian menyambung sedikit lg tugasan.
kebanyakan mangsa hanya mendaftar di situ dan kemudian pergi menginap di tempat lain. jadi kebanyakan bantuan makanan dan pakaian seperti x terusik. hehe. biasalah, kebanyakan mangsa orang2 kaya, so mst ramai kenalan.
beberapa `ibrah yg ku peroleh:
1) Allah sangat berkuasa, mampu menarik nikmat2 yg Dia PINJAMKAN kpd manusia. byk rumah banglo besar, kereta mewah, dan nyawa Allah telah ambil setelah pinjamkan. Lihat, benda yg manusia bangga2kan hilang begitu shj.
2) Aku terkilan, ramai sukarelawan NON-Muslim. Meraka x dpt apa pun termasuklah pahala. Tp kita, yg Allah janjikan pahala dan ganjaran besar bg setiap amalan, xramai yang turun padang.
3) Hari Kiamat lg dahsyat drpd ni, boleh rujuk macam2 surah seperti Al-Waqi'ah, Al-Insaan, Al-Zalzalah, Al-Qari'ah, Al-Haaqqah dan byk lg surah yg ceritakan psl hari PEMBALASAN ini.
Antara dua pilihan
4 years ago
2 comments:
Bagus point ammar ni.Bagus juga kerana menjadi salah sorang yang volunteer... Memang semuanya pinjaman. Allah boleh ambil bila2 masa. Sedih tengok tragedi yang berlaku- akibat perbuatan manusia sendiri. Masih belum dapat ambil iktibar lagikah manusia? Allah memberi amaran tapi tidak dipedulikan..
salam..ammar..volunteer utk akhawat utk kes2 mcm ni ade x? cam teringin jgk utk membantu..
Post a Comment