Sunday, December 28, 2008

kita doa kita terpilih

bismillah, hamdan lillah hamdan kathiran,
selawat dan salam buat Junjungan tercinta dan sgt ku rindu,
juga buat para sahabat dan pendudukung2 agama Allah yg mendahului kita.

sudah lama x menulis, sibuk dgn pelbagai komitmen, namun diharapkan penulisan kali ini mampu memberi manfaat walaupun pada seorg.

apabila aku mendgr kuliyyah subuh seorg murobbi, berkenaan tafsir surah at-taubah ayat 38-42 dimana Allah menempelak mereka yg tidak mahu menyahut seruan jihad semasa perang tabuk walaupun selepas fathul mekkah.

lalu Allah katakan sesiapa yang tidak mahu bersama jalan ini, Allah akan azab dgn azab yg maha pedih dan Allah akan gantikan dgn kaum yg lain.

aduhhh....satu amaran keras buatku! bahawa perjuangan ini akan tetap berlangsung walaupun aku berasa letih dan mahu berehat, sbb ada yg lain akn melakukannya tp aku tahu siapa yg berhenti, dia hanya mendapat celaka yg besar, dan siapa yang tetap istiqamah dan tsabat pada jalan ini, Allah menjanjikan khabar gembira berupa syurga [fussilat:30].

hanya yg terpilih akan meneruskan perjuangan ini... kita doakan agar kita terpilih kerena mereka yg bersama pada jalan yg begitu sukar ini akan menemui penamatnya yakni SYURGA.

No comments: