bismillah,
hari ini semasa dalam lecture physics, aku belajar tajuk "geometrical optics", tidak lain tidak bukan berkenaan cahaya, cermin, dan kanta.
namun yg menarik, apabila berbicara berkenaan lens maker's equation di mana focal length sesuatu kanta akan memberi kesan kepada imej terbentuk menimbulkan satu kata-kata indah dari mulut pensyarah kesayanganku merangkap abi keduaku, cikgu abdul rahim haji omar.Beliau bertanya dan beliau menjawab : semua kanta hanya boleh dikhususkan utk satu focal length sahaja kecuali satu, apa dia? Dengan senyuman yang comel ^__^ beliau memberi jawapan iaitu kanta MATA ciptaan Allah `azza wajalla yang Maha Hebat, Maha Agung. satu lafaz terzahir dari mulutku, SUBHANALLAH!!
Mata manusia mampu menyesuaikan sesuatu keadaan, jika melihat objek yang jauh, kita akan sepetkan mata kita- ligamen pada mata akan contract lalu menghasilkan kanta yang mempunyai focal length yang panjang dan sebaliknya berlaku semasa melihat objek yang dekat.
Ini baru sedikit pasal mata, banyak lagi keunikan mata ini.
Namun persoalan timbul, kenapa ramai manusia menggunakan mata ciptaan Dia yang tersangat hebat utk perkara yang menimbulkan kemarahanNya?? Dia pinjamkan shj mata ni, tapi kita buat benda yang Dia marah gunakan benda yang Dia pinjam. Tak malunya!!
Moga pinjaman dari Allah ini kita gunakan sebaiknya.
Mafhum satu hadith sahih, bahawasanya mata yang melihat dosa akan dibakar dalam neraka, wal'iyazubillah...
Nasihat ini buat diriku dan semua.
Antara dua pilihan
4 years ago
No comments:
Post a Comment