ramai yg pasti tertanya-tanya.. Islam itu ad-Din yg tersangat mulia, namun kenapa ummah islam asyik tertindas? lihat sahaja di gaza, hanya dalam masa 3 minggu, 1000++ syuhada' menjadi korban. di mana kekuatan Islam sebenarnya?
dalam buku manhaj hidup muslim karya al-maududi, beliau ada menyebut betapa sesungguhnya ummah islam telah kehilangan harta yg cukup2 berharga yg sebenarnya disitulah terletaknya kemuliaan islam dan itulah perbezaan islam dan kafir.
perkara itu adalah KEFAHAMAN DAN AMAL. muslim diberikan kefahaman tentang kalimah tauhid dan seterusnya amal yg menzahirkan kefahaman itu. itulah yg membezakan kita (muslim) dengan mereka (kafir).
NAMUN! lihatlah realiti ummah skrg, dua nilai penting ini telah hilang!
lalu Allah telah letakkan dan jatuhkan kehinaan kepada kita.
secara logiknya, siapa yg lebih hina, yg dh tau tp x buat, dgn yg mmg x tau lgsg?
of course la yg dh tau tu lebih hina kan?? sbb itulah kita menghadapi nasib sebegini skrg.
Jadi solusinya mudah namun perlu gerak kerja MEGA yg perlu dilakukan. kita perlu dptkan harta yg telah hilang itu dengan SEPENUH daya. kerana apabila harta itu dapat dikembalikan, bermakna kemuliaan dan kegemilangan islam dapat dipeluk kembali. namun, bagaimana??
laksanakanlah pembinaan individu-individu muslim~ ^__^
Antara dua pilihan
4 years ago

No comments:
Post a Comment