dengan lafaz mulia, bismillah.
setelah sekian lama tidak menulis dek komitmen yg byk, aku cuba menggerakkan kembali jari-jemari aku utk menulis. malam tadi baru tamat kejohanan debat piala Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). tanpa disangka pasukan aku mewakili pusat tamhidi (matrikulasi) berjaya sampai ke peringkat akhir menentang pasukan penuh pengalaman dan gaya, fakulti syariah dan undang-undang (FSU). namun kami tewas kpd mereka, tapi pengalaman yang diperoleh sgt berharga. mungkin ramai yg melihat debat untuk menonjolkan bakat dan memenangi kejohanan2 besar terutamanya debat diraja (universiti), debat uiam/debat ppm (sekolah menengah). namun bagi aku, penyertaan aku dalam arena debat hanya sekadar memperoleh satu aset kemahiran utk diaplikasikan dalam dunia dakwah.
sidang pembaca, mungkin ramai yang mempersoalkan, "Rasulullah x pernah ajar kita berdebat! Rasulullah ajar kita berdamai". Perlu diingatkan definisi debat itu. debat ialah satu keadaan dan situasi dimana setiap perwakilan melontarkan hujah biarpun bertentangan dgn hujah lawan tapi pada AKHIRNYA menemui satu titik pertemuan yang sebenarnya memberi kemaslahatan. yang kedua, debat bukan bertelingkah, tapi menyatakan hujah dengan cara PENUH hikmah dan beradab dan kemahiran ini SGT diperlukan dalam dunia dakwah terutamanya apabila menghadapi golongan radikal bukan islam yang akan sentiasa mengKRITIK umat islam! kalau kemahiran berdebat ini tidak ada, pasti akan lebih dahsyat dihentam. yg ketiga, berdebat adalah medium yg sangat molek untuk mengasak para pendebat supaya lebih byk membaca dan berfikiran lebih kritis dan kreatif, dan ketiga-tiga elemen ini juga SANGAT diperlukan dalam medan dakwah ini. sekali lagi ditekankan, debat bukan PERTELINGKAHAN tapi penyataan hujah dengan HIKMAH.
mungkin aku tak akan ke peringkat lebih jauh dalam arena debat universiti sebab misi aku bukan mencapai kegemilangan, tapi sekadar mencedok sedikit kemahiran utk diaplikasikan dalam medan yang jauh lebih penting.
Antara dua pilihan
4 years ago
3 comments:
alhamdulillah...akhirnya ada juga seorang yang berhemah yang menyatakan dengan betul makna debat yang sebenarnya. harap tak de lagi yang membuat keputusan untuk keluar debate team semata kerana tidak faham erti kata debat sebenarnya.
mabruk akh!
nampak dah ciri2 pendebat masa PKN aritu..
Post a Comment