skip to main |
skip to sidebar
salamullahi alaikum warahmatullah.
atas permintaan amirularif, aku ingin kongsi tips2 khusyu' dalam solat.
BUKAN mengatakan solat aku sudah cukup khusyu', tapi sekadar berkongsi tips2 yg aku PEROLEH daripada beberapa2 org tok syeikh hebat. ayuh jadikan HANYA beberapa cara, supaya mudah diaplikasikan..
1) semasa ambil wudhuk, sudah mula merasakan gerun kerana kita akan menghadap TUAN BESAR kita. saidina Ali ketika mengambil wudhuk beliau menjadi pucat. lalu sahabat bertanya kpdnya perihal demikian. lalu beliau menjawab : "TAHUKAH KAMU DENGAN SIAPA AKU AKAN MENGHADAP?"
2) rasakan solat anda solat Al-Muwadda' (solat yang terakhir). rasakan selepas sahaja solat itu, Allah akan tarik nyawa kita.
3) rasakan betapa hinanya kita dengan setiap nikmat yg Allah beri PERCUMA, Dia cuma minta kita hambakan diri. jadi semasa solatlah antara masa terbaik untuk melaksanakan TUNTUTAN itu seikhlas hati.
4) baca setiap ayat dalam solat SATU SATU dengan tertib, supaya kita memahami. Ini sunnah PENTING! terutamanya surah al-fatihah kerana di situ terkandungnya lubuk penghambaan dan pengharapan.
5) ruku' dan sujudlah lama sedikit kerana posisi ruku' dan sujud sangat mengHINAkan seseorang dihadapan TUHAN MAHA PERKASA.
wallahu a'lam.
sekali lagi ditegaskan aku tidak pernah mengatakan solat aku sudah cukup khusyu'. sekadar berkongsi ilmu yang diketahui dan sedang diUSAHAkan untuk dilaksanakan.
ISH.....knp tiba-tiba terasa keserabutan yang amat?, kegelisahan yg sangat tidak menyelesakan.. terasa nak marah, nak pukul pun ada! apa dah jadi ni... =.='
ops...baru ku sedar.. aku belum solat asar lagi....
ALLAHUAKBAR.................ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH......
ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH...
waahh.......sejuknya hati rasa...tenangnya hati...x rasa serabut dan gelisah. mmg benar, solat itu lubuk ketenangan hati yang cukup hebat! aku bersyukur kerana diberi peluang utk merasai kenikmatan solat ini... alhamdulillah.. ad-din ini manhaj pengabadian, manhaj yang memacu kita ke arah SATU matlamat iaitu.. A L L A H... biarlah dunia hilang dari genggaman, jangan matlamat yang SATU itu hilang dari landasan.
solat itu tarbiyyah yang cukup berkesan dan menyeluruh. JOM solat..dengan KHUSYUK! ^__^
"Result exam aku teruk la! ni yg aku rasa nyesal join program usrah dan tarbiyah semua ni, menganggu study aku je!"
mungkin realiti ini berlaku dalam kalangan kita. kita sering menyalahkan komitmen kita dalam dunia kemanisan tarbiyah ini sebagai penganggu study, namun kita kena fhm satu perkara. daie kena jd luar biasa, tidak boleh seperti pelajar biasa. pelajar biasa ada satu komitmen sahaja iaitu study. namun daie ada dua komitmen, study dan dakwah. jadi kita KENA jd luar biasa. mmg penat. tapi biarlah nanti kita berehat di dalam kubur nnT. skrg kita cari bekalan2 sebanyakkanya utk dibawa di hadapan Allah nanti.
*`ammar! jgn jd malas!!
*malam td, pergi ceramah ust muzairi mustaffa guru tahfizku di al-amin sempena maulidur rasul yg betul2 mengetuk hatiku. betapa kita perlu berusaha sedaya upaya utk mengikut cara baginda sepenuhnya kerana cara yg tidak diajar Ar-Rasul walaupun nampak hebat cmnepun, AKAN DITOLAK! [mafhum hadith sohih]. cinta kepada baginda ada dua elemen, CINTA dan IKUT.
*rindu pada ustaz muzairi sampai peluk dia kuat2. ^-^