Wednesday, March 25, 2009

khusyuk dalam solat

salamullahi alaikum warahmatullah.
atas permintaan amirularif, aku ingin kongsi tips2 khusyu' dalam solat.
BUKAN mengatakan solat aku sudah cukup khusyu', tapi sekadar berkongsi tips2 yg aku PEROLEH daripada beberapa2 org tok syeikh hebat. ayuh jadikan HANYA beberapa cara, supaya mudah diaplikasikan..

1) semasa ambil wudhuk, sudah mula merasakan gerun kerana kita akan menghadap TUAN BESAR kita. saidina Ali ketika mengambil wudhuk beliau menjadi pucat. lalu sahabat bertanya kpdnya perihal demikian. lalu beliau menjawab : "TAHUKAH KAMU DENGAN SIAPA AKU AKAN MENGHADAP?"

2) rasakan solat anda solat Al-Muwadda' (solat yang terakhir). rasakan selepas sahaja solat itu, Allah akan tarik nyawa kita.

3) rasakan betapa hinanya kita dengan setiap nikmat yg Allah beri PERCUMA, Dia cuma minta kita hambakan diri. jadi semasa solatlah antara masa terbaik untuk melaksanakan TUNTUTAN itu seikhlas hati.

4) baca setiap ayat dalam solat SATU SATU dengan tertib, supaya kita memahami. Ini sunnah PENTING! terutamanya surah al-fatihah kerana di situ terkandungnya lubuk penghambaan dan pengharapan.

5) ruku' dan sujudlah lama sedikit kerana posisi ruku' dan sujud sangat mengHINAkan seseorang dihadapan TUHAN MAHA PERKASA.

wallahu a'lam.
sekali lagi ditegaskan aku tidak pernah mengatakan solat aku sudah cukup khusyu'. sekadar berkongsi ilmu yang diketahui dan sedang diUSAHAkan untuk dilaksanakan.

3 comments:

Amirul Arif said...

thankyou ammar. boleh aplikasi :)

mas syarep said...

ust usman kn dh byk kali ckp psl bende ni time kt skola..naek hapal dh psl peringatan tu..hehe..kitorg siap bukukn lagi..campur dgn riwayat arwani..n riwayat soleh..tambah lagi riwayat shahrom..

`Ammar Sahrim said...

ramai sangat yg TAHU dan HAFAL pasal teori2 begini tp x ramai yng aplikasi. kerana khusyuk itu hebat dan usaha untuk mendapatkannya juga perlu hebat.