Sunday, May 3, 2009

JIWA

bismillah,
selepas perjalanan yg jauh, tiba ke destinasi rehlah.
kawasan yg sgt tenang dan indah.
sebelum memulakan aktiviti, kami solat berjemaah.
selepas selesai solat jama' qasar, seorg akh memberi sedikit santapan rohani dan jiwa.
tajuknya cukup ringkas, tp ntahlah saat itu jiwa ku membuak2 untuk mengambil setiap kata daripadanya. mungkin krn tajuknya cukup halus tapi punya makna besar.

mafhum kata2 akh itu:
untuk menguasai seseorang atau sesuatu, jiwa adalah komponen utama dan pertama untuk dikuasai. untuk membina seseorang individu, jiwanya harus dibina terlebih dahulu, kemudian barulah yg lain akan mengikutnya. kalau hendak membina sebuah masyarakat mahupun negara islam, jiwa2 di dalamnya perlu dibina terlebih dahulu. satu analogi diberikan akh itu. beliau memegang sehelai sejadah dan membentangnya. kamudian beliau memegang bhgn tgn sejadah itu dan mengangkatnya, dan seluruh bahagian sejadah itu terangkat perlahan demi perlahan. walau sebesar mana pun hamparannya, kalau kita pegang bermula dari tgh, pasti semuanya akan terangkat.

jiwa itu mengawal segalanya, jika baik jiwa, baiklah segalanya, dan sebaliknya seperti dalam hadith Rasulullah dalam hadith 40. moga kita akan terus membina jiwa KITA, dan jiwa individu2 lain, krn itulah misi agung yg kita bawa,dan telah pun dimulakan oleh Rasulullah diikuti generasi sahabat dan salafus soleh. ini bukan gerakan pelik atau baru, tetapi ini sunnah agung yg kita akan teruskan. misi ini tidak memerlukan kita, tetapi kita yg memerlukannya. hanya yg ingin dalam kerugian BESAR yg akan meninggalkannya.

No comments: