bismillah. hari ni tiada program, jadi bagi mengisi sedikit masa, mahu menulis.
sekadar mahu membawa hati ini dan hati-hati yang lain untuk menjalankan sedikit proses pembersihan dan penyucian dengan bertadabbur sedikit ayat. kerana hati senang berbolak-balik. hanya dgn ayat-ayat cinta Allah, mudah untuk hati ini utuh pada jalan yg satu.
ayuh menghayati ayat ini,
"Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan dunia Kami berikan kepadanya sebahagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bahagian di akhirat" [42:20]
Kesimpulannya mudah, siapa mengejar akhirat, Allah akan berikan berlipat kali ganda. Siapa mengejar dunia, Allah akan berikan dunia utknya (itupun sebahagian) but NOTHING for him/her in akhirah.
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yg sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [30:64]
wahai hati,
lembutlah dikau untuk mencari akhirat,
dan keraslah dikau pada dunia,
supaya nanti jasadku bergerak,
berpandu Al-Kitab dan As-Sunnah,
dan terus meneruskan risalah suci baginda dan sahabat,
dan tetap tsabat pada jalan ini,
yang hanya satu tiada dua atau tiga.
Antara dua pilihan
4 years ago
No comments:
Post a Comment