Tuesday, June 9, 2009

tertekan.

rasa tertekan. melihat realiti para pendakwah dan para pekerja Islam yang dikatakan MAHU menjadikan Islam sebagai manhaj utama. namun realitinya, semuanya berpecah. hasad sesama sendiri. mencari kekurangan kumpulan[jamaah] lain, mengakui bahawa kumpulan [jamaah] mereka yg terbaik.

aduhai para pekerja Islam....
sedarlah, bahawa Rasulullah x pernah mengajar sebegini,
yg Rasulullah didik sahabatnya supaya sentiasa berpadu di bawah dasar aqidah yg satu dengan mengukukuhkan manhaj yg diselaraskan berpandungan kesatuan aqidah tersebut.
kemudian lahirlah generasi sahabat yg sentiasa bersedia dan berSATU memperjuangkan Islam.
kenapa kita tidak boleh mencontohi mereka? kenapa perlu ada perpecahan dalam kalangan para pekerja Islam?

tidak cukupkah dengan perpecahan negara2 "rakyat muslim" yg ada sekarang?
tidak cukupkan perpecahan negara2 arab sekarang?
kenapa para pekerja Islam yg punya kesedaran pun mahu berpecah?
mengapa fikrah tidak boleh disatukan?
satu punca yg cukup jelas, kecelaruan aqidah.
bila mahu dibawa modul aqidah dalam sistem tarbiyyah, ada kelompok yg kata aqidah benda asas sgt, utk yg dh tinggi kena bincang perkara lebih penting mcm siasah, rumahtangga, daulah, dan sebagainya.
habis tu, apa pokok pembawaan Rasulullah dalam mentarbiyyah sahabat? adakah aqidah diketepikan? tidak! sampai Rasulullah wafat pun pokok perbincangan berkisarkan aqidah terus diterapkan.

sbb itulah para pekerja Islam sekarang susah nk bersatu, fikrah tidak diselaraskan dengan kesatuan aqidah, hanya berdasarkan matlamat diri dan kepentingan masing2. harap kita sedar dan bersatu akhirnya atas dasar aqidah berpandukan al-quran dan as-sunnah. moga kalimah tauhid dan kalimah risalah akan tertegak atas muka bumi Allah ini tanpa sempadan negara dan bangsa. yang ada hanya sempadan AQIDAH.

No comments: