Friday, August 7, 2009

jalan ini yg aku pilih

bismillah.. telah lama berehat menulis dek kerana kesibukan dalam dunia "medical school".
moga sidang pembaca dalam keadaan sejahtera dgn keteguhan iman dan ketetapan hati dalam mengabdikan diri kpd Ilah yg satu serta tsabat dalam meggerakkan diri dalam tugas sbgi khalifah...

buat diri ini dan kalian,
sepanjang penghidupan kita akan berlaku byk pertembungan antara kehendak hati dan kehendak iman... kadangkala pertembungan itu sangat jelas dan terlalu berlawanan. dan ketika itulah perlu ada pengorbanan. satu peringatan besar buat diri ini dan kalian, hidup ini hanya utk Dia, jadi andai ada ketika kehendak kita bertentangan dengan kehendak Dia, sangat tidak bertanggungjawablah andai kehendak kita yg menjadi pilihan...

dunia ini merunsingkan, membimbangkan, dan sangat membebankan, kerana setiap perilaku kita semasa dunia akan menjadi penghitungan dan penentu hala tuju yg kekal abadi di akhirat.
akhir kata, ayuh kuatkan hati utk meletakkan dunia pada tangan bukan pada hati kerana andai dunia berada pada hati, hati akan menjauhi Sang Pencipta.....

p/s- ramadhan madrasah tarbiyyah bakal menjelma! sudah bersediakah kita? ^-^

No comments: