Saturday, August 29, 2009

madrasah jiwa perindu syurga

"Madrasah Jiwa Perindu Syurga"
kata-kata yg menjadi headline bagi blog aku ni sangat bermakna buat diriku.
lagi2 bila memasuki madrasah ramadhan ini, aku rasa ayat ini sangat sesuai utk dipadankan dengan ramadhan ini.

ramadhan merupakan madrasah jiwa di mana di dalam madrasah inilah, jiwa dibersihkan dan hanya ditetapkan dengan nilai pengharapan dan takut [taqwa]. bagi para daie, bulan inilah masanya utk kita merasai bahagia "duniawi" bagi amal2 dakwah kita. ramai yg selalu menyangka bahawa kerja2 keras dalam amal dakwah hanya dapat dirasai di syurga. tapi percayalah, Allah sangat penyayang [Ar-Rahim] kpd para "pekerja" agamaNya. Seawal di dunia lagi Allah telah memasukkan kebahagian dan nikmat yg hakiki ke dalam jiwa sanubari para du'at.

Dan ramadhanlah antara masa yg paling sesuai utk merasainya. setelah setahun bekerja, melawan nafsu, menghabiskan masa duit tenaga dan keringat, mengurangkan masa bersama keluarga, sedikit masa utk "study", dan sebagainya... ramadhan inilah tempat kita merasai hasilnya. yg hanya dapat dirasai dalam jiwa. dan bila tiba hari yg dijanjikan, kita berharap apa yg sangat kita rindui [syurga] dapat digapai. dan hakikat ramadhan buat para daie merupakan hadiah besar dalam me"refresh" kekuatan utk setahun yg berikutnya. kekuatan qalb yg merupakan tunjang bagi amal suci ini. kekuatan qalb yg merupakan asas kemenangan ahlul badar semasa ramadhan. buat ulangkaji, tentera islam semasa perang badar langsung tidak bersedia utk berperang, mereka hanya utk keluar menyekat kafilah quraisy. [cuba bayangkan apa sangat kelengkapan yg mereka bawa]. namun mereka yg seramai 313 terpaksa bertembung dengan tentera musyrik quraisy yg ramainya 1000 org yg sudah bersiap siaga untuk berperang. namun atas dasar kekuatan qalb, aqidah, dan iman yg ketiga-tiganya berkait rapat, kemenangan besar buat mereka.

justeru buat para daie, masukkanlah diri kalian ke dalam madrasah ramdhan ini, madrasah jiwa semoga hati sentiasa merindui syurga dan dunia sentiasa berada di tangan BUKAN di hati.

No comments: