Saturday, November 28, 2009

.makna pengorbanan.


salam eidul adha buat semua.
salam pengorbanan buat saudara-saudaraku yg sgt aku kasihi atas dasar .OneFaith.OneMission.

eidul adha menjelma membuka peluang dan ruang utk sekalian ummah yg sentiasa dipenuhi hati-hati mereka dengan cinta kepada Ar-Rahim untuk menghayati erti pengorbanan.

ayuh ungkap kisah yg s
udah kita HAFAL namun entah sejauh mana semaian dalam hati kita seterusnya menyuburkan dan menyegarkan rasa "cinta" ini.

ayuh ingat kembali bagaimana atas dasar cinta yg sangat tinggi kepada Rabb dan Ilah mereka, nabi ibrahim dan ismail sanggup untuk melaksanakan arahan Allah untuk nabi ibrahim MENYEMBELIH anak kesayangannya.
anak yg sangat-sangat disayangi.
anak yg ditinggalkan laksanakan arahan Allah.
kemudian dapat berjumpa dan melepaskan rindu yg membuak-buak.
kemudian diarahkan pula untuk menyembelih anak itu.
buat ismail pula, melihat ayah sendiri akan menyiat kulit lehernya.

namun atas dasar "cinta" yg teramat sangat pada Allah, mereka taat tanpa banyak mengeluh dan menyoal.

Allahuakbar, hebatnya cinta mereka pada-Mu ya Allah.
yang sangat-sangat hebat kalau nk dibandingkan dengan cintaku.

ya Allah, kurniakanlah "cinta" ini ya Allah.
dan jauhkanlah segala cinta yg tidak berpaksi pada cintaMu.

buat diriku dan saudara-saudaraku,
bila cinta sudah membuak-buak, segala pengorbanan akan dilakukan dengan penuh cinta.

walaupun teramat payah, namun atas dasar cinta, terus juga ke hadapan dan berkorban.
berkorban masa, harta, "kegemilangan" akademik, masa bersenang, makan, nyawa, tenaga, darah, dan AL-HAWA.

perhatian!!
berkorban bukanlah bermaksud setakat mengeluarkan sesuatu untuk kebaikan.
berkorban maksudnya memberi atau membuang sesuatu yg kita suka atau sayang!

.ayuh bermuhasabah dan beramal.

.cinta Ilahi.


No comments: