Saturday, November 28, 2009

wal-`asr!


buka radio. frequency 91.5. radio "pilihan utama".
kuliah zuhur. berbicara berkenaan masa. dan penyalahgunaan masa oleh remaja.
kemudian ustaz tu bawa surah al-`asr.
dan beliau membawa kata-kata imam syafie yg mengatakan cukuplah surah al-`asr utk memberi peringatan. kalau takde surah-surah lain pun takpe. maksudnya betapa besarnya kandungan dan isi-isi dalam surah itu yg hanya mempunyai 3 ayat.
ustaz itu membawakan surah ini daripada perspektif penjagaan dan pengunaan masa.

namun suka utk aku membawakan pandangan sayyid qutb dalam menafsirkan surah ini seperti mana terkandung dalam tafsir fi zilalil qur'an.

rumusan yang aku mahu bawa daripada tafsir ini--> surah ini bukan sahaja berbicara berkenaan masa. ya, mmg masa itu persoalan besar. seperti kata al-banna: "masa itu kehidupan".
namun surah ini membawa satu manhaj, satu konsep ad-din yg sebenar. satu rumusan tentang Islam yg kita berintima' (anuti) dengannya.

Demi masa! sesungguhnya manusia dalam kerugian! kecuali mereka yang beriman, dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.

mereka yg tidak rugi atau dikenali sebagai al-fallahun (mereka yg berjaya) ialah mereka yg mempunyai 3 karakter utama yang tidak boleh tidak wajib ada kesemuanya tanpa kurang satu pun. iaitu:

1) IMAN
2) AMAL
3) DAKWAH


Ini bukan pilihan sebenarnya buat mereka yg mahu berjaya di dunia dan akhirat. namun manusia boleh memilih utk mengatakan tidak andai mereka mahu rugi. [perhatian! rugi di sini bukan bermaksud hilang duit ya, rugi bermaksud kebinasaan dan kecelakaan].

Inilah maksud sebenar imam syafie dan sayyid qutb. untuk berjaya perlu ada keimanan yg sangat teguh, pegangan aqidah yg sejahtera. kemudian dizahirkan dan dibuktikan dengan amal-amal yg soleh dan seiiring dengan rasa keimanan dan kecintaan kepada Allah. tidak cukup di situ, perlu pada membawa risalah kebenaran ini dan di sampaikan kepada yg lain untuk manusia lain merasai manisnya iman yg kita rasai. kemudian sentiasa saling berpesan kepada para kader-kader dakwah ini utk sentiasa bersabar atas jalan kebenaran ini.

Inilah manhaj KITA! manhaj yg dibawa oleh ar-rasul berdasarkan WAHYU daripada Allah.

utk kenikmatan yg lebih untuk menghayati surah yg sgt hebat ni, boleh rujuk tafsir fi zilalil qur'an.
teringat kata ustazah syima (guru di al-amin): "kalau baca tafsir surah al-`asr ni kalau x makan pun akan jadi kenyang". mula-mula x percaya tapi bila
baca, rasa sangat "kenyang".

wallahu a'lam. ayuh beramal.


No comments: