Monday, January 25, 2010

besarnya peranan tarbiyyah


TARBIYYAH memberi kita persiapan. persiapan yang sangat diperlukan.
persiapan utk berperang. kita mungkin merasakan kita tidak berada di bumi palestina utk berperang menentang tentera buas zionis.

Namun! sedar atau pun tidak, dalam tubuh kita terletaknya satu medan peperangan yang tidak pernah henti berlangsungnya peperangan --> HATI.
Peperangan antara iman dan al-hawa. al-hawa yg sangat luas maksudnya. al-hawa yang mendorong ke arah harta, syahwat, pangkat, kuasa, darjat, wanita, gelaran dunia dan sebagainya.
Jadi disitulah kita memerlukan didikan yang sentiasa menyucikan dan memperkuatkan hati kita supaya peperangan ini dimenangi oleh IMAN bukan AL-HAWA!.

ada yang kadang-kadang meremehkan soal tarbiyyah. dan ada yang kadang-kadang menganggap kalau SUDAH ADA tarbiyyah, maka "ENOUGH" dan lepaslah syarat utk terus bergerak dan menakluk dunia. sungguh tertipu kalau berfikir demikian. kalau bergerak dan andai kata negara dapat ditakluk, malah dunia dapat ditakluk, adakah dengan sekadar perjumpaan mingguan yang tidak bersandarkan prinsip tarbiyyah ar-rasul (check al-baqarah ayat 151) boleh memastikan manusia-manusia yang berjaya menakluk itu dapat bertahan dengan peperangan? bukan sahaja peperangan luaran yakni hentaman musuh-musuh Islam dengan pelbagai fitan (jama' bagi fitnah), malah peperangan dalaman iaitu dalam medan perang HATI untuk hanya melihat kuasa, pangkat, dan RAMAINYA ANGGOTA. berapa ramai mereka yang gugur dalam "kekuasaan" dek kerana tidak cukup bersedia untuk medan peperangan ini, yang cukup memandang enteng tarbiyyah yg TERSUSUN. Lihat sahaja kejatuhan empayar abasi di Baghdad yang ketika itu mereka berada di PUNCAK. Lihat sahaja kekalahan umat Islam di Perang Salib ketika mana mereka sangat maju berbanding tamadun lain. Lihat sahaja peperangan Bilat Asy-syuhada' yg melihatkan ramainya nyawa umat muslimin yang terkorban di bumi Perancis ketika hampir sahaj menakluk seluruh Eropah namun tumpas dek kerana risaukan harta. persoalan sekarang bukanlah ADA ATAU TIDAK ADA tarbiyyah, tapi misi kita adalah menjadikan islam itu Ustaz bagi Alam ini! Bukan persoalan ada atau tidak, tapi persoalan tarbiyyah yang kemas dan tersusun. Boleh sahaja kita lepaskan semua rijal-rijal ini utk bergerak habis-habisan menakluk dunia, namun terjaminkan kita mereka semua akan bersedia menghadapi perang yang maha dahsyat?? perang yang mereka mungkin tidak sedar pun kewujudannya sedangkan sangat dekat dengan mereka iaitu perang di qalb mereka.

Aku menulis setelah aku faham, matlamat sebenar tarbiyyah. Betul tarbiyyah bukan segala-galanya, tapi segala-galanya bermula dgn tarbiyyah. Jangan diimpikan daulah, khilafah, mahupun empayar Islam jika tarbiyyah yang dilalui belum cukup menjadikan kita BERSEDIA. wallahu a'lam.

4 comments:

Ibn Azmi said...

assalamualyk..akh..
huh..ana xtau nk kt apa lps bc ni..pnuh khasiatnya utk jiwa2 yg layu. kdng2 kita mmburu ramainya ditarbiyyah, tp mantapnya tarbiyyah itu sndri terabai..inilah yg blh mndatangkn pnyakit2 dlman 2..Allahuakbar!!moga kita mmpu mlawannya.

`Ammar Sahrim said...

waalaikumussalam. muhasabah utk PENULIS dan PEMBACA. meningkatkan diri dan para mad'u KITA. InsyaAllah Allah helps.

afifah said...

alhamdulillah..perkongsian yg sgt mmbina..d sni ada bberapa persoaln yg nk ditanya,..bagaimana sekiranya ramai yang nk ditarbiyah,tetapi tidak ramai orang yg mahu dan yakin untk mentarbiyah org lain??
(minta pendapat)

`Ammar Sahrim said...

kata seorang ustaz tarbiyyah dari indon: xyakin itu=Angkuh. kalau seorang kader dakwah itu punya fikrah yg difahami dgn jelas, pasti dia x kan teragak2 untuk mentarbiyyah org lain. insyaAllah!