Thursday, May 20, 2010

Air mata ummi


Ahh....air mata ummi menitis lagi...
dalam kesyahduan petang beserta hujan yang turun,
sedih itu datang lagi,
merobek hati dan perasaan ummi,
tanpa sepatah kata, air mata itu deras mengalir,

hati aku seperti dicincang halus melihat air mata ummi,
bukan kerna ummi gembira, tapi kerana sedih tersiksa,
mengenangkan anak-anaknya yang jauh di perantauan,
rindu tak terhingga, sayang tak terkata,
kerisauan yang memuncak tiada siapa yang mengerti,
kerisauan seorang ummi yang terlalu cinta,
kepada anaknya,
anak-anaknya yang jauh di perantauan sedang gusar dan sedih,
ummi di sini jauh lebih derita,
menanggung beban kesedihan yang tak terhingga,
kerana kasih dan sayang yang membuak-buak,

wahai anak-anak yang jauh daripada penglihatan ummi,
kalian sentiasa di hati ummi,
gembira kalian, bahagia ummi,
sedih kalian, derita ummi.

Kerana itulah insan...
yang bergelar Ummi

`Ammar
20/5/2010
Taman Sri Keramat tengah

No comments: