
Aku pernah dengar orang cakap, orang-orang Arab tak berapa kesah kalau digelar atau disamakan dengan anjing, babi, babun, dan haiwan-haiwan lain. Tapi mereka sangat bengang dan marah kalau diejek dengan gelaran HIMAR (keldai). Bagi mereka, keldai itu simbol kebodohan, simbol kehinaan, dan simbol penghambaan yang teruk. Mana taknya, lihatlah bagaimana keldai diperlakukan, dipaksa untuk mengangkat bebanan yang melampau beratnya termasuk berat badan penunggangnya (manusia).

ã@sVtB tûïÏ%©!$# (#qè=ÏdJãm sp1u‘öqG9$# §NèO öNs9 $ydqè=ÏJøts† È@sVyJx. Í‘$yJÅsø9$# ã@ÏJøts† #I‘$xÿó™r& 4 }§ø©Î/ ã@sWtB ÏQöqs)ø9$# tûïÏ%©!$# (#qç/¤‹x. ÏM»tƒ$t«Î/ «!$# 4 ª!$#ur Ÿw “ωöku‰ tPöqs)ø9$# tûüÏHÍ>»©à9$# ÇÎÈ
5. Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, Kemudian mereka tiada memikulnya (mengamalkannya) adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
Nah. Lihatlah bagaimana kerasnya ayat ini kepada KITA. Dalam ayat ini dinyatakan pasal taurat, untuk kita sudah tentu Al-Qur'an. Bagaimana Allah samakan KITA dengan KELDAI YANG BODOH jika kita yang mengetahui banyak benda dalam qur'an (segala-gala yang ada dalam qur'an) tapi tidak mengamalkannya. Kita tahu akan matlamat hidup kita sebagai hamba dan khalifah Allah, namun kita masih melakukan segala kegiatan-kegiatan yang tiada kaitan langsung dengan matlamat ini. Kita tahu akan tanggungjawab kita meneruskan risalah Ar-Rasul dengan menyampaikan Fikrah Islam yang sebenar kepada manusia, namun kita masih lesu, malas, longlai, dan tidak bersungguh-sungguh. Kita tahu bahawa jika kita tidak meneruskan risalah ini, Allah akan ganti dengan manusia yang lain, namun kita masih seakan-akan tidak gentar dengan ancaman ini.
Di mana kesungguhan kita? Di mana jihad kita untuk mengamalkan segala macam benda yang sudah diberikan kepada kita? Di mana amal kita bagi setiap ilmu dan pengisian yang diberikan kepada kita? Di mana kerja kita di sebalik setiap tarbiyyah yang kita peroleh?
Astaghfirullah. ayuh bertaubat atas ketidaksungguhan kita dalam amal-amal kita.
No comments:
Post a Comment