Kita tidak benar, jalan kita tidak betul, amal kita tak punya matlamat jelas,
Prinsip kita songsang, kerja kita tidak syumul,
Biarlah apa mereka kata,
Yang penting Allah lebih mengetahui,
Jauh lebih mengetahui daripada mereka,
Biarlah Allah menilai...
Rijal yang bermatlamatkan Allah sentiasa tenang,
Tidak resah, tidak gelisah, tidak cemburu,
Kerana apabila ahdafnya jelas, hatinya Allah akan tenangkan,
Jadi buat hati yang cepat resah,
bermuhasabahlah...bertaqarrublah...
7 comments:
jalan ni kan berduri. pejuang2 sini acap kali masuk keluar penjara, lain dengan kebanyakan org kita, siap dibentangkan karpet merah
kalau rs jalan ni senang, kita silap. kalau rs kita buat kerja rs mudah, means ada sumthing wrong dekat mana2. muhasabah balik
Tajdid niat, betulkan niat. always ~
"Dalam keadaan kita sibuk berbalah pasal jemaah, Jangan pula kita lupa tujuan kita untuk berdakwah"
kak fathy: yep sangat tepat. lebih hebat, mereka diuji dengan pelbagai ujian tapi jiwa mereka tenang. Tapi ada yang x diuji, namun sentiasa resah. Semuanya berbalik pada hati.
akh syihan: benar, matlamat itu yang terpenting. Ilallah..
let's spread the words!
teruskan langkahan.
rabbuna yusahhil.
ayuh perjuangkan islam yang sebenar.. !!!!!
Ukht Hajar & Akh Basri : InsyaAllah.. Sama-sama kita mengajak manusia untuk mengamalkan Islam dengan hikmah.
Salam ziarah.
Tengah ronda2 blog, terjumpa blog ni.
Akhi,
Pertamanya, bersabarlah, tenanglah wahai rijal harapan agama.
Ana tahu apa yang enta rasakan. Seolah2 ana dapat merasainya dan pernah juga merasakannya.
Benar kata enta, Allah lebih mengetahui apa yang kita lakukan melebihi apa yang mereka ketahui tentang kita.
Namun,
perjalanan hidup ini telah mengajar ana sesuatu yang sangat berharga. Percayalah akhi, ana lebih tenang bila ana yakin dengan firman Allah;
"Dan berpeganglah teguhlah kamu semuanya pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai..."
(3:103)
Akhi, kita dan mereka tidak jauh bezanya. Matlamat kita dan mereka hanyalah untuk mardhatillah dengan cara menegakkan kalimah 'LailahaillaAllah Muhammadan Rasulullah' dan menjunjung syariat Islam samada di bumi Palestin yang sangat kita cintai atau di seluruh alam sehingga terbentuknya daulah Islamiyyah yang sama-sama kita, mereka dan seluruh umat islam cita2 kan.
Akhi,
tenanglah wahai pejuang yang ikhlas. Usah dilihat dan difikirkan sangat perbezaan yang sedikit ini. Sedangkan persamaannya terlalu banyak. Dalam mengamalkan syariat Islam sendiri, terlalu memikirkan perbezaan yang sedikit dan memperjuangkan perkara yang khilaf boleh memecah belahkan umat. Oleh itu, bersatulah wahai hati-hati pejuang yang ikhlas. Doakan kita dan mereka akan terus bersatu dan saling cinta mencintai antara satu sama lain sebagaimana bersatunya hati Muhajirin dan Ansar.insyaAllah..=)
Waallahua'alam..salam ukhwah.=)
Post a Comment