Monday, June 28, 2010

ikhlas

Dalam pertemuan itu, kami mengulangkaji hadith pertama.
Tapi dirasakan seakan-akan kali pertama mengkajinya.
Itulah nikmat tarbiyyah.

niat?ikhlas?semua itu dibincang tekun oleh setiap akh.
seolah-seolah semua daripada kami seperti sangat baru dalam tarbiyyah.
Itulah manisnya tarbiyyah.
Setiap akh mendambakan curahan tarbiyyah ini.

Ini bukan perkara yang aku nak sampaikan. (walaupun sampingan tapi ertinya besar)

Ikhlas?senang untuk disebut, mudah untuk didefinisikan.
Tapi sangat sukar untuk diterjemahkan dalam amal.

Ikhlas itu seperti membuang air. Sekali dibuang, tidak akan dipandang ataupun diingati.
Begitu juga amal yang ikhlas, sekali dilakukan, takkan bermain lagi dalam fikiran, apatah lagi diungkitkan.

Bermuhasabahlah dengan amal-amal kita.
Kerana riya', `ujub, dan takkabur itu maksiat besar para daie.

Wallahu a'lam.

No comments: