assalamualaikum, baru hbs paper quranic and hadith studies on science. balik tgh hari, bile dalam bas, terasa satu perasaan... SUNYI. aku faham knp aku rasa sunyi. ADUHAI `AMMAR!! apalah sgt sunyi di dunia ni?? sunyi di dalam kubur dan di akhirat nnT JAAAAAAAUH lebih dahsyat dan teruk! bialah org lain ade kwn2 utk bersuka-ria, couple utk bercinta, masa utk berfoya-foya, tp kau tumpukanlah pada amal, gerak kerja, dan usaha mendalami ilmu2 Allah.
tp bila lama2 aku fikir...aku x rasa sunyi, aku rasa Allah ada dalam hati, aku rasa cinta-Nya. waduh2, aku ni byk mengeluh tp langsung xsedar betapa kasihnya Allah padaku. byk ujian yg Dia beri utk tingkatkan imanku, dan memberikan ganjaran yg SAAAAAANGAT besar di alam yg kekal abadi, yang kita x kan mati sampai BILA-BILA! darul akhirah~
oh ya, pg td masa subuh ke masjid seperti biasa membonceng motosikal wave 100 milik rakanku (huhu seronok naik motor time subuh, sejuk yg sgt nyaman~). tp yg menariknya, lepas subuh td aku jumpa seseorg yg aku baru kenal minggu lepas. seorg ulama' dari Ghana. beliau belajar 4 tahun di Univ of Madinah dan 4 tahun di Univ Al-Azhar, Cairo. skrg bekerja di kedutaan Arab Saudi di Malaysia sambil mengambil phD di IIUM. subhanallah, byk sgt ilmu dia. aku bertalaqi dgn dia lebih kurang sejam tp rasa sgt skjp, sbb sgt seronok! aku tanya dia pasal byk perkara especially berkenaan sunnah Rasulullah yg kita jarang amalkan walaupun mengaku ummatnya. Dia kongsikan satu hadith, "di hari qiamat nnT ada satu solongan umat Muhammad akan datang ke telaga kauthar tp Allah menghalang mereka lalu Rasulullah bertanya kenapa mereka dihalang sedangkan mereka umatku dan mereka mengerjakan solat lima waktu?? lalu Allah berkata, ya mereka umatmu dan mereka mengerjakan solat lima waktu tp pada masa yang sama mereka meninggalkan sunnahmu dan melakukan bid'ah" (mafhum).
lepas ni aku nk talaqi dgn dia lg. kalau boleh every subuh. Alhamdulillah, Allah beri aku peluang utk menuntut ilmu dgn seorg ulama' hebat (moga Allah merahmati beliau). nama beliau 'abbas.
kesimpulannya, hidup di dunia persinggahan semata2. =)
buat kawan2 g-13th, lama x dgr khabar kalian, namun doaku sentiasa bersama kalian, moga berolah naungan Allah sentiasa.
salam,
`ammar bin sahrim
4 november 2008
kolej sutera indah, Universiti Sains Islam Malaysia
Antara dua pilihan
4 years ago
1 comment:
salam...waaa~dpt talaqi ngn seorang ulama'....teringin nya nk ikut sama.
Post a Comment