Thursday, January 1, 2009

air mata gaza

durjana zionis
rakus menjamah jiwa-jiwa si kecil wanita dan si tua
seperti binatang buas tak kenal ihsan
terus menghilangkan dahaga kesyaitanan
dengan darah dan air mata gaza

derita gaza tak ramai peduli
dalam lena dan buaian mimpi
tertipu dengan fantasi duniawi
tanpa langsung merasai derita
derita saudara dan keluarga kita
derita dan air mata bumi kita
bumi al-quds yang penuh kesucian

ayuh ambil peduli
bangkit dari tidur yang panjang
kerana kemenangan itu pasti
buat mereka yang bersama jalan ini
namun tidak buat mereka yang sekadar melihat
hanya meratapi tanpa secebis langkah pejuang

ayuh bangkit dengan azam si pemuda
penuh i'tiqad pada Yang Esa
bumi al-quds akan kembali bercahaya
dengan nur Ad-Din panji tercinta

bukan dunia yang kita mahukan
bukan kesenangan di sini yang kita impikan
tapi syurga menjadi idaman
kebahagian di sana jadi keinginan
jadi ayuh bersama jalan ini
jalan pejuang kebenaran
jalan di sisi bumi al-quds
membawa panji al-haq
tanpa sebarang anasir perkauman
hanya aqidah jadi kesatuan
ummah yang menjadi harapan
harapan tertegaknya islam!


Allahuakbar 3x!

`ammar bin sahrim
2/1/2009
taman sri keramat tengah

1 comment:

[MH] said...

salam teruskan menulis ya ammar.
Ramai lagi remaja mcm kita yang belum terasa untuk ambil ttahu tentang Palestin.
Yang penting,sebarkan pada kawan2 kita yang lain
:)