Sunday, January 11, 2009

saat ini

assalamualaikum salam sejahtera dan salam perjuangan buat semua.
terlalu lame tdak menulis,
terlalu sibuk dgn pelbagai program dengan suasana begitu kronik di bumi gaza, pelbagai tindakan perlu digerakkan.

dan hakikatnya, ramai jiwa-jiwa muda yang begitu berkobar utk memperjuangkan islam, cuma bagi kita yang "faham" ni, kdg2 selalu mengabaikan mereka....

di saat israel cuba melaksanakan "pembersihan etnik" yg kini sudah menerbangkan hampir 900 nyawa, seluruh masyarakat muslim serata dunia begitu terbakar. CUMA! pemimpin2 "negara2" islam yg sangat pengecut ini hanya sekadar menyatakan kritikan tanpa tindakan DRASTIK.

anda tahu bagaimana kejatuhan kerajaan turki uthamniah yang juga merupakan saat kejatuhan khilafah islamiyah pada tahun 1924??
semuanya kerana ideologi humanisme dan nasionalisme yg diterbitkan barat.
"turki, turkilah, arab saudi, arab saudilah, melayu, melayulah...bla bla.." ungkapan JIJIK yg dilafazkan oleh individu berjenamakan Islam yg hanya kata nama tp bukan islam kata kerja.

kini, perkara yg sama lebih kurang berlaku... PEMBERSIHAN ETNIK sedang berlaku, dalam masa lebih kurang 2 minggu shj, angka 1000 nyawa hampir tercapai. allahuakbar! hinanya kita. mana ikatan persaudaraan kita??? pernah dikeluarkan fatwa ketika kejatuhan turki uthmaniah, SEMUA UMAT ISLAM KETIKA ITU BERDOSA BESAR KECUALI MEREKA YG BERUSAHA SESUNGGUH-SUNGGUHNYA UTK MENYELAMATKAN KHILAFAH.

ayuh bangkit!

No comments: