Saturday, February 28, 2009

islamkan diri secara kaffah

bertadabbur dgn ayat 208 surah al-baqarah betul2 mengetuk hati mukmin yg sentiasa mengambil `ibrah dari al-qur'an. supaya tidak berasa yakin dgn jenama muslim yang dipegang kerana persoalannya, adakan kita muslim secara keseluruhannya?? atau hanya sekadar muslim dalam 5 rukun islam?? ahhh....btul2 menusuk dalam jiwa persoalan ini...

malah...Allah menunjukkan dalam ayat ini juga betapa jikalau kita tidak masuk secara keseluruhan kedalam "kesejahteraan"[islam] nescaya kita akan mudah terikut kepada musuh nombor 1, syaitan. analogi seorg murabbi kpdku, seperti seseorg yg berada dalam hujan yg amat lebat kemudian seorg tuan kpd sebuah rumah ajak masuk ke dalam rumah itu. kalau kita x masuk, nescaya hujan lebat akan terus menimpa kita. Allah sudah offer, apa lagi yg ditunggu? adakah mahu terus menjadi boneka dan bahan ketawa syaitan? sudah tentu tidak bukan? ayuh bertindak!

*maaf sudah lama tidak menulis, kerana seperti biasa komitmen lain yg byk.

No comments: