
seorang murabbi memberi satu analogi berkenaan sistem pentarbiyahan bagi org kebanyakan: laksana seperti buah epal yg luarnya nampak elok, bila memakannya, tiada rasa. ramai yg merasakan sudah melalui sistem pentarbiyahan yg sempurna dan molek, namun apakah sistem pentarbiyahan itu hanya sekadar majlis menuntut ilmu dan saling nasihat-menasihati? tarbiyah tidaklah semudah itu, ianya tugas mendidik jiwa dan jiwa itu merangkumi aqal, hati, dan jasad. tarbiyah itu perkara yg sgt besar dan mempunyai objektif yang sgt besar dan memerlukan usaha yang konsisten dan padu. hanya yg betul2 inginkan pertemuan dengan Allah sahaja yang akan kental membawa panji ini. yg terpaut dengan keseronokan dunia pasti akan berasa ragu-ragu dan sentiasa mencari jalan mudah. tiada jalan mudah untuk perkara yang besar! syurga bukan benda kecil, jadi adakah layak usaha yg kecil dijadikan bekalan?? pastikan epal kita epal yg mempunyai rasa yang sgt manis. ^__^
No comments:
Post a Comment