
satu lagi analogi yang diadaptasikan daripada analogi akhiku ku. kita yg berusaha dan terus berusaha membina diri dan org lain ke arah pembentukan individu muslim yg berkualiti ini laksana kayu yg terbakar dalam unggun api. api itu laksana cahaya islam dan kalimah thoiyibah. kayu yg terbakar akan membakar kayu yg belum terbakar dan apabila lebih banyak kayu terbakar, kayu yang sudah habis terbakar akan terpadam tapi kayu yg lain akan terus menyala. begitulah usaha dakwah kita, kita tidak boleh mengharapkan islam menjadi Ustaziyatul Alam atau khilafah islamiyah dapat dibentuk kembali ketika kita masih hidup. itu agak mustahil kerana dakwah itu lama, namun kita wajib menjadi kader2 dakwah yang menyumbah ke arah itu kerana akan ada yang menyambung usaha suci ini. kayu yang habis terbakar itu ibarat seorg individu yang sudah habis kerja dakwahnya dan penghabisan kerja dakwah hanya MAUT! dakwah tidak memerlukan kita tapi kita yang memerlukannya sebagai salah satu hujah kita di hadapan Allah. ayuh menjadi salah satu kayu yg terbakar dengan api ISLAM!
No comments:
Post a Comment