salam, dengan lafaz bismillah aku menulis post ini.
bukan mahu menceritakan fadhilat hari jumaat. tp jumaat kali ni[semalam] amat bermakna bg aku sbb aku telah menjumpai bbrp ayat yg best dlm quran.
pertama, ketika aku membaca surah al-kahf[sunnah membaca ketika jumaat] terjumpa sepotong ayat;
"Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yg menyeru Tuhan-Nya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia, dan janganlah engkau mengikuti orang yg hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya dan keadaanya sudah melawati batas" [18:28]
ayat ni ada seorang ustaz dari Yaman asyik mengulanginya dalam majlis ta'lim beliau dengan menegaskan betapa golongan yg berkerja utk Islam hanya kerana mencari redha Allah adalah golongan yg sentiasa dekat dgn risalah Ar-Rasul.
semasa khutbah jumaat di masjid UKM, khatib berkhutbah tajuk "mat rempit". hehe. mula2 lawak pulak rasa. tp apabila mendgr, pengisiannya mantap. cuma aku hanya ingin menulis satu ayat yg dibacakan beliau dengan nada tegas.
"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yg tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yg telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yg telah mereka kerjakan". [11:15-16]
nauzubillah. semoga kita tidak tergolong dalam golongan yg mata dikaburi dunia.
jumaat yg bermakna bagiku moga menjadi hari penyucian jiwaku.
Antara dua pilihan
4 years ago
No comments:
Post a Comment