Wednesday, June 3, 2009

musibah

acap kali aku ditimpa masalah atau ada sahabat yg menceritakan masalah, hatiku bertambah yakin pada Dia.
bahawa ujian itu benar-benar proses peningkatan iman. Dia mahu lihat, siapa yg sabar siapa yang tidak. mudah bukan?tp hakikat disebaliknya cukup besar. mudah utk gagal, sukar utk lepas.

buat yg sedang mengharungi ujian/musibah, bersabarlah kerana ia termasuk perkara yg penting- Rujuk surah luqman:17.

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya beroleh kebaikan, nescaya diujinya dengan kesusahan” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Jadi, bersangka baiklah dengan Allah kerana apabila kita diuji, pasti ada kebaikan dibaliknya.
Aku selalu mengingatkan hatiku, walaupun Allah menguji, Allah telah menyediakan bekal yg sgt byk dan sgt hebat. qiam, quran, dhuha, rawatib, puasa, zikir, dan sebagainya sgt penting dijadikan bekal menghadapi kesemua ujian ini termasuklah UJIAN KESENANGAN DUNIA.

moga iman kita utuh mendepani musibah yg berlaku kerana Allah bersama mereka yg sabar. imanilah janji Allah ini.

No comments: