cuti.nikmat atau ujian??
Alhamdulillah aku baru habis peperiksaan akhir semester kedua bagi year 1 yg membawa maksud aku akan melangkah ke tahun 2. cepat masa berlalu, entah berapa banyak amalan yg diterima Allah dan berapa banyak amalan yg dihempas balik ke muka aku. yuk muhasabah!
persoalan yg di atas, cuti itu ujian atau nikmat?
setiap ada org pandangan masing2. merasakan semasa cutilah kita boleh buat apa sahaja. tidur sepuas2nya, tgk tv sepuas2nya, khatamkan byk movies dgn moviemaratahon, tgk FB setiap saat, main bowling, jalan2, shopping, etc.
bagi aku, cuti adalah antara ujian terbesar bagi setiap org terutamanya bagi mereka yg melalui sistem tarbiyyah ini. semasa cuti lah terlalu byk dugaan termasuklah yg disebut di atas. semasa cutilah, futur semakin hilang kefuturan utk memfuturkan kita (faham ke?huhu).
apa2pun secara tuntasnya, kita memerlukan bekalan dan pelatihan untuk menkonsistenkan iman kita semasa cuti. qur'an, tahajjud, solat sunat yg lain, zikir, dan yg paling penting,... pertemuan dgn mereka yg soleh. insyaAllah, sama2 kita mencari bekalan ini utk mendepani perang cuti ni.
p/s-plan aku cuti ni? insyaAllah mengembara =) dalam malaysia, luar malaysia.
No comments:
Post a Comment