Wednesday, April 7, 2010

tazkiyatun nafs


bismillah
apabila berbicara berkenaan tazkiyatun nafs, pasti terfikir atau terdetik tentang kehalusan hati,
ketenangan jiwa yg sangat mendamaikan, dekatnya hati pada Rabb, bersihnya hati daripada segala penyakit hati.

namun hakikat tazkiyatun nafs perlu disedari sebagai tuntutan keras dan tegas terhapat setiap mukmin yg sewajibnya bergelar daie (tiada istilah mukmin tapi bukan daie krn semua yg beriman itu pasti berdakwah).

kenapa keras? kerana nak x nk, elemen tazkiyatun nafs sgt perlu utk ditanam keras atas tanah setiap peribadi mukmin itu. dan itulah antara elemen utama dakwah ar-rasul [al-jumuah:2]. membersihkan jiwa para sahabatnya kerana baginda sgt yakin berdasarkan wahyu ini, hanya jiwa yg sudah dibersihkan mampu menerima arahan2 Allah dgn taat laksana tentera mendgr arahan jeneralnya. baginda jg yakin hanya dgn jiwa yg suci, sahabat akan bangkit bersama-sama baginda menyebarkan risalah ini tanpa penat, takut, sedih, cinta dunia, malas, lembik. baginda juga yakin hanya dgn pembersihan jiwa para sahabat dan juga jiwanya sendiri yg dapat memastikan keberkesanan dakwah baginda. apa yg baginda dan sahabat2 buat???

mereka tidak pernah tinggal qiamullail. menangisnya mereka sehingga janggut dan jubah mereka basah. takutnya mereka kerana Allah dalam qiam mereka sehingga terbentuk kesan di bawah mata mereka, sehingga nampak lesu muka mereka pada pagi hari. malah, ada sahabat seperti umar al-khattab jatuh sakit hanya kerana membaca satu ayat berkenaan azab Allah.

Subhanallah! Allahuakbar! hebatnya mereka menyucikan jiwa-jiwa mereka! walaupun mereka sudah dijanjikan syurga, tapi tazkiyatun nafs itu mereka pegang sekuat-kuatnya. sbb itulah Islam sgt hebat ketika itu. sbb itu rom dan parsi berjaya ditumpaskan. sbb itu baitul maqdis berjaya dibebaskan. sbb itu 313 org dpt kalahkan 1000 org!

wahai `ammar bin sahrim dan semua yg mahu memikul risalah ini, ayuh bersihkan jiwa2 kita. daripada perasaan takbur, riya', maksiat mata dan hati, cintakan dunia, malas, byk tidur, tiada perasaan bila baca ayat2 quran, dll. kerana inilah sumber kekuatan kita- tahajjud, tilawah, zikrullah, solat2 sunat kita.

dan yg paling penting, semua ni bakal menundukkan hati2 kita ke tempat yg terendah merasakan kehinaan di hdpn Rabb yg Esa, mendambkan sepenuh hati utk rehda-Nya, menolak segala matlamat lain, teguh kpd prinsip cinta Allah. ~1cinta~

No comments: