Thursday, April 29, 2010

kejahilan yang sangat jahil


If we know that we're doing something wrong and sinful yet still keep on doing it. So, that made us what? Stupider than stupid? Hmmm.

Satu quote daripada blog salah seorang coursemate.
Hmm...persoalan yang sangat besar. Saban hari kita para daie cuba membawa risalah Ar-Rasul dan mengamalkan sunnah baginda yang terbesar yakni dakwah ilallah dengan cuba mengeluarkan manusia daripada kegelapan (jahiliyah) kepada keterangan dan sinaran yang cerah (al-haqq). Risalah agung beserta semangat jiddiyyah yang kuat terus menjadi teras kehidupan kita dan menjadikan perkara-perkara lain (study, kereta, rumah, laptop, famili, gelaran doktor, iphone, futsal, dan lain-lain) sebagai alat ke arah kelancaran aktivitas tersebut.

Nah, itulah idealnya. dan itulah generasi umat yang terbaik seperti yang disebutkan dalam al-qur'an ( [2:110] please open your quran and tadabbur this ayah). Tiada yang seruan yang lebih baik daripada seruan ini (41:33) dek kerana inilah seruan Ar-Rasul kekasih Allah untuk meyakinkan manusia kembali kepada Allah yang akan mengeluarkan manusia daripada gelap kepada cahaya dan menjauhi syaitan yang mengeluarkan manusia daripada cahaya kepada gelap dan terus kekal di neraka (2:257). Kita yakini bahawa sangat ramai manusia yang masih belum tahu dan masih sangat jahil. Dek kerana itu terlalu ramai yang terus hanyut dalam jahiliah ini dan berlakulah terlalu banyak masalah moral (buang bayi, korupsi, zina, arak, bunuh) yang sangat dekat di sekeliling kita dan tidak mustahil pada masa akan datang akan dilakukan oleh salah seorang ahli keluarga atau saudara kita yang sangat hampir dengan kita. Kerana itu tabiat jahiliah, sangat bersistematik, halus, dan cepat merebak andai tiada tindakan menghalangnya.

Namun! itu kisah berkenaan mereka yang TIDAK TAHU. Apa pula ceritanya mereka yang sudah tahu dan kerap dikali diberitahu dan terus diberitahu (tazkirah) namun tetap untuk terus berada dalam kejahilan? betul, solat tidak ditinggalkan, siap berjemaah lagi tu. aurat sangat terjaga, sahabat-sahabat sentiasa diutamakan, dan lain-lain. Namun cukupkah semua itu untuk mengatakan bahawa kita sudah sepenuhnya keluar daripada kejahilan itu? ASK OURSELVES. Buat diriku dan sauda-saudara seaqidah dan semanhajku, sangat hinalah diri kita andai kita tahu bahawa sesuatu itu maksiat yang akan mencampakkan kita dalam neraka Allah tapi kita masih tetap melakukan. Sangat hina diri kita andai kita tahu sesuatu amalan itu dapat membawa kita bertemu Allah dengan wajah keimanan tapi kita sangat malas melakukannya.

koreksi diri, tingkatkan iman, ikhlaskan amal. InsyaAllah.

No comments: