Friday, May 7, 2010

angkuhnya kita!!


`Umar al-khattab al-faruq radhiallahu anh pernah berjalan bersama sahabat-sahabatnya kemudian melintasi sebatang pokok. pokok itu menggugurkan daun-daunan apabila tiupan angin lembut menyentuh dedahan pokok tersebut.

Tiba-tiba `umar jatuh pengsan. Apabila sedar, sahabat-sahabatnya bertanya, "apakah yang membuat anda wahai `Umar tiba-tiba jatuh pengsan?" Lantas `Umar menjawab, "Aku melihat banyaknya daun yang gugur laksana banyaknya dosaku sebab itu aku berasa teramat takut akan azab Allah dek kerana banyaknya dosa aku lantas aku jatuh pengsan kerana ketakukatan yang amat sangat"

nah!! angkuhnya kita! `Umar al-khattab yang merupakan antara insan terbaik yang ada di atas muka bumi ini yang sangat dahsyat tahajjudnya, yang sangat kental perjuangannya, yang sangat halus hatinya, yang sangat luas pengorbanannya, sangat takut akan dosa-dosanya walaupun beliau sudah dijanjikan syurga.

KITA? istighfar sangat kurang, `amal sangat sedikit (entah berapa banyak yang ikhlas), maksiat sangat bertimbun, tidur dan makan sangat banyak, TV menjadi teman, hati sangat keras untuk menangis kerana Allah. Astaghfirullah. ayuh muhasabah dan membina muraqabah (merasa Allah itu dekat).


No comments: