Monday, May 17, 2010

Kader



Melihatkan kekalahan Datuk Lee Chong Wei di tangan seteru nombor satunya Lin Dan menimbulkan pelbagai perspektif dan analisa. Aku melihat perlawanan itu sebagai satu penonjolan jelas kekuatan yang ada pada Lin Dan dan membuktikan teori aku sekian lama mengikuti dunia badminton.

Apa kekuatannya? mudah untuk dijelaskan. Beliau seorang pemain yang konsisten dan tidak terpengaruh dengan faktor luaran (external factors). Ketika di Beijing (Sukan Olimpik dan Beijing Master Championship) beliau menewaskan Chong Wei di hadapan ratusan penyokongnya dengan sorakan yang penuh gemuruh. Dan baru-baru ini, beliau sekali lagi menewaskan Chong Wei di hadapan ratusan penyokong Malaysia. Apakah maksudnya? beliau tidak tertekan dengan sokongan penyokongnya dan tidak gemuruh dengan sokongan penyokong pihak lawan. Berbanding dengan lawannya, Chong Wei mudah tertekan dengan sokongan penyokongnya dan mudah gemuruh dengan penyokong pihak lawan.

Apakah `ibrahnya?
seorang kader dakwah harus mempunyai karakter seperti Lin Dan (karakter yang dimaksudkan sahaja). Karakter seorang yang tidak mudah terpengaruh dengan pujian pada masa yang sama tidak mudah goyah dengan kritikan, hentaman, cercaan, tohmahan, dan sebagainya. Inilah seorang daie, tidak terpengaruh dengan faktor luaran tetapi menjadikan imannya sebagai kekuatan. Menolak sebarang pujian dan sanjungan daripada memasuki hatinya, dan membuat perisai hati apabila menghadapi sebarang tohmahan. Barulah seorang daie itu mampu menjadi kader dakwah yang sebenar. =)

1 comment:

aiman_masri said...

bukan tuh je... semangat juang yang ditunjukkan pemain2 China dan negara lain, tak mudah kalah walaupun jauh ketinggalan harus dicontohi juga...

Ni x... Sedikit kene tinggal dh gelabah... hilang kosentrasi...