Sunday, August 1, 2010

penat

Bismillah...
Huh....lama sungguh tak menulis...
Seperti biasa, alasan sibuk...
Ada juga bercadang nak tutup blog ni, sebab macam nampak tiada kesungguhan dalam menjadi blogger.

Tapi aku menafikan hajat itu dan terus mahu menulis.

Seseorang pernah bercakap kepadaku bila mana aku bertanya akan perihal seorang yang lain yg siangnya mencari rezeki malamnya sibuk membina manusia dan mengajak manusia kepada Islam yang sebenar. Aku pelik akan kekuatan yang dimilikinya walaupun sudah lanjut usia mencecah 50-an ketika itu. Jawapannya: dia memilih untuk penat di dunia, supaya nanti dalam kubur boleh berehat dengan tenang.

Seorang akh berpesan kepada kami: Penat kerana bekerja untuk islam itu sangat perlu. Kalau kita mampu terbaring tapi mata masih belum terlena, maka maksudnya something wrong la tu. Namun penat yang sebenar buat mereka yang bekerja untuk Allah ialah mereka yang apabila terbaring, terus terlena dek kerana kepenatannya beramal untuk Allah.

Moga kita mencari kepenatan di dunia dek kerana bekerja untuk Allah dan Islam dan terus melawan kepenatan itu dengan sesungguh mungkin, supaya nanti kita tenang berehat di alam barzakh dan alam akhirat.. Berehat dan terus berehat, tanpa penat dan terbeban...

Wal 'iyazubillah,.. kita tidak mahu kita penat di dunia ini dengan urusan keduniaan yang tidak diorientasikan kepada Allah dan Islam, malah sangat banyak berehat dan tidur lena tanpa mempedulikan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah bakal membawa kita ke arah kesengsaraan dan penderitaan di kubur dan nereka nanti. Di mana kita akan saaaaaaaaangat penat dan tersiksa berhadapan dengan malaikat yang sangat bengis!

No comments: