Wednesday, August 4, 2010

amal cinta

Bila berbicara pasal dakwah pasti ramai yg "allergic".
Ramai yang merasakan dakwah itu kerja segelintir manusia.
Namun hakikatnya bahawa kerja menyeru manusia kepada Allah ini adalah satu kewajipan yang disokong dengan terlalu banyak dalil daripada Quran dan Sunnah.

Nah, kita semua jarang merasakan bahawa dakwah ini amal yang bertemakan cinta. Semuanya berkisar berkenaan cinta, percayalah..

Kerana dakwah ini berpaksikan cinta kepada Allah. Bermula dengan perasaan cinta yang membuak-buak kepada Yang Satu dan sangat meyakini bahawa salah satu tuntutan terbesar Allah adalah menyeru manusia kepada jalan-Nya. Apakah erti cinta tanpa pembuktian? Andai benar kita cinta kepada Dia, semua tuntutannya akan dipenuhi. Apatah lagi tuntutan terbesarnya! Betapa kita juga bekerja untuk Nya atas dasar kita sangat berharap dan mendambakan cinta-Nya. kerana hanya dengan cinta Nya kita akan beroleh kebahagiaan dunia, dan yang jauh lebih penting kebahagiaan akhirat. Apakah erti hidup ini walaupun dengan banyaknya harta, berjayanya dalam akademik, tingginya pangkat, cantik dan baiknya pasangan hidup... kalau Allah tidak mencintai kita? Dan alangkah rugi dan terhinanya kita di akhirat nanti andai tidak dicintai-Nya! Nah, tapi bagaimana hendak bergelar orang yang layak dicintai-Nya tanpa kita melakukan tuntutan-tuntutannya? Layakkah bergelar kekasihNya dengan maksiat bergelumang di sekitar kita? Astaghfirullah.

Kerana dakwah itu juga berasaskan cinta Rasul. Betapa kita yakin bahawa dakwah merupakah sunnah terbesar baginda, dan merupakan tugas utama baginda Ar-Rasul yang saaaangat kita cintai dan rindui melebihi ibu bapa kita. Tapi kalaulah sunnah baginda yang terbesar ini pun kita menjauhinya, benarkah cinta kita itu??

Kerana dakwah itu juga berasaskan cinta kita kepada manusia. Kerana kita tidak mahu melihat manusia tenggelam dalam lumpur jahiliyah yang sangat kotor dan jijik. Tidak mahu melihat manusia bermain-main dengan kotoran itu tanpa menyedari akan kehinaan perlakuan-perlakuan mereka itu. Betapa kita sangat cinta dan kasih akan keluarga dan sahabat-sahabat kita dan sama sekali tidak mahu melihat mereka melalui jalan yang pengakhirannya adalah azab dan murka Allah! Dan kerna cinta itulah kita terus menarik mereka kembali kepada jalan Allah yang sebenar, jalan Al-Haq.

Itulah tabiat dakwah, berpaksikan cinta Allah, Rasul, dan sesama manusia lain. Jikalau dakwah tanpa cinta, itu bukanlah dakwah. Dan kerana dakwah itu berasaskan cintalah, para mujahid-mujahid dakwah akan sentiasa tenang hatinya, dan sentiasa basah hatinya dengan cinta. Itulah cinta hakiki yang sentiasa menumbuhkan pohon-pohon kebahagiaan malah menyuburkan tanaman-tanaman syurga yang sedang menanti kita insyaAllah... (^-^)

1 comment:

Ibn Azmi said...

insyaallah, kesuburan cinta dihiasi ukhuwwah fillah.