Monday, August 23, 2010

merdeka

Bismillah.
Saat ini, sudah hari ke-14 Ramadhan. Sangat menghampiri pertengahan Ramadhan. Bagaimana iman kita? Bagaimana dosa-dosa kita? Sama-sama muhasabah.


Menghampiri tanggal 31 ogos, sudah 53 tahun bumi Malaysia merdeka. Kebebasan fizikal dikecapi, aman, tanpa perang dan sengketa. Belajar pun seronok, bermain pun seronok, tidur pun nyenyak, makan pun kenyang. Hmmm apa lagi mahu?

Namun peringatan besar buat diri ini dan kalian, ada orang yang tidak merdeka di dunia tapi merdeka di akhirat-contoh: ikhwan kita di Palestin. Ada orang yang merdeka di dunia tapi x merdeka di akhirat-contoh: MUNGKIN KITA wal 'iya zubillah. Apa pilihan kita?

MERDEKA=Bebas dari neraka, masuk syurga [3:185]

Sama-sama mengekalkan kemerdekaan di dunia dan memburu dengan jiddiyyah maksima kemerdekaan akhirat. Lebih-lebih lagi dalam bulan pembersihan dosa, dan peningkatan anugerah. Mahu? Sila berusaha!

No comments: