Monday, September 6, 2010

cinta

Minggu lepas aku solat jumaat di surau hotel de palma.
Khutbah dia best. Mula-mula cinta pasal nilai taqwa yang bakal diperoleh oleh mereka yang benar-benar bermujahadah dalam Ramadhan ini.

Kemudian khatib sambung, taqwa membawa ke arah cinta. cinta pada Dia.

Antara kata-katanya yang sangat-sangat best. "Berkorban cinta demi Cinta".

Hmm..percayalah, perkara ni sangat susah nak buat, tapi implikasinya adalah sangat-sangat besar, iaitu dicinta Allah azza wa jalla!

Dalam satu mafhum hadith: "Apabila Allah cinta pada seorang hamba, maka Dia akan berkata kepada malaikat Jibril, 'Aku cinta pada hamba-Ku ini', maka malaikat Jibril akan berkata kepada penjaga langit akan perkara tersebut, maka seluruh penjaga langit dan dunia akan mencintai hamba tersebut". hebat bukan bila memperoleh cinta Allah? Tu baru cerita pasal dunia, belum lagi angugerah yang super duper hebat kat syurga.

Kenapa kita susah sangat nak korbankan cinta kita kepada dunia, wanita yang bukan mahram kita, harta, study, hobi dan kegemaran kita, dan benda-benda lain demi memperoleh cinta Allah? Astaghfirullah..

Detik kematian menghampiri kita saban hari, sudah bersediakah kita? Buat mereka yang memburu cinta Allah, pastinya detik kematian akan menjadi satu detik terindah dek kerana itulah detik pertemuannya dengan cintanya yang teragung. Dan buat mereka yang sentiasa memburu cinta selainnya, pastinya detik kematian itu akan menjadi satu detik kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan kesemua cinta tersebut. Jadi, di mana kita? Kita yang akan sangat bahagia bertemu kematian atau berasa sangat sedih dan gusar dengan saat itu?

"Dari Allah kita datang, kepadaNya kita pasti akan pulang"

Ayuh memburu maghfirah Allah di saat akhir Ramadhan ini. Ingatlah betapa Rasulullah menghukum kecelakaan buat mereka yang berlalunya ramadhan tidak diampunkan dosa-dosanya. Hmmm... sama-sama renungkan. Wallahu a'lam.

No comments: